Utusan Borneo (Sarawak)

Calon PH fokus isu setempat dalam kempen PRK Cameron Highlands

-

Kempen Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Cameron Highlands perlu lebih memfokuska­n kepada isu setempat demi kepentinga­n rakyat, kata calon Pakatan Harapan (PH) M. Manogaran.

Menurut beliau, isu tempatan seperti tebatan banjir, tanah runtuh, tanah lesen pendudukan sementara (TOL), isu pendaftara­n permit pekerja asing, isu kebersihan dan pembanguna­n setempat akan diberi keutamaan dan bukan hanya tertumpu kepada isu nasional semata-mata.

Manogaran, 60, berkata janji yang bakal dikotakan kepada pengundi di Parlimen Cameron Highlands itu lebih penting sekiranya beliau diberi mandat kelak.

“Selain daripada itu, isu tanah TOL pekebun-pekebun dan mereka minta saya tempoh masa TOL jangan diperbaha- rui tiap-tiap tahun.

“Jadi sebagai pekebun yang telah mengusahak­an kebun lebih 40 tahun, saya rasa TOL sudah tidak sesuai dan kita akan ambil perhatian dan beri cadangan kepada kerajaan supaya tukar daripada TOL kepada pajakan. Ia akan melibatkan pindaan Kanun Tanah Negara dan lain-lain akta berkaitan,” katanya kepada Bernama.

Beliau ditemui selepas melakukan sesi ramah mesra bersama para pengundi di sekitar pekan Ringlet dan Lembah Bertam di sini.

Manogaran meluangkan masa kira-kira sejam bertemu pengundi di situ sebelum mengadakan pertemuan bersama komuniti Orang Asli pada sebelah petang.

Menurut beliau lagi, isu TOL sangat anomali (tidak wajar) dan harus diperbetul­kan kerana ada sebilangan pekebun telah mengusahak­an tanah tersebut selama lebih empat tahun bagi tujuan pertanian namun mereka masih perlu membayar yuran tahunan tanah TOL itu.

“Oleh kerana Cameron Highlands memberi sumbangan yang besar kepada ekonomi dan pelanconga­n negara, ini antara perkara yang akan saya perjuangka­n,” katanya.

Manogaran menjelaska­n kemenangan beliau dalam PRK Parlimen Cameron Highlands nanti sangat signifikan dan akan menjadi titik tolak buat PH untuk berusaha mengambil alih Pahang daripada Barisan Nasional (BN).

Justeru, beliau merayu agar pengundi di Lembah Bertam dan Ringlet khususnya untuk memberi sokongan yang padu kepada PH supaya beliau boleh membawa agenda dan masalah-masalah di sini ke Parlimen kelak. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia