Utusan Borneo (Sarawak)

Wan Azizah akui PH sukar menang di Cameron Highlands

-

Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail mengakui peluang kemenangan calon Pakatan Harapan (PH) pada Pilihan Raya Kecil ( PRK) Parlimen Cameron Highlands pada 26 Jan ini adalah sukar memandangk­an Barisan Nasional memainkan isu sentimen tempatan.

Timbalan Perdana Menteri yang turut mengakui PRK itu dilihat sebagai pertanding­an yang sengit disebabkan tindakan pihak pembangkan­g (BN) telah meletakkan Orang Asli sebagai calon.

“Yalah, kita sentiasa menghadapi kesukaran sebelum kita masuk ke dalam kerajaan, tetapi lebih sukar sekarang kerana mereka (BN) menggunaka­n sentimen tempatan, saya telah bertemu dengan mereka (suku Semai) baru-baru ini. Sudah tentu kesukaran adalah sebahagian daripada cara anda perlu bertanding.

“Dan apa yang boleh kita tawarkan sekurang-kurangnya mereka mengundi kita, dan ini sudah cukup bagus,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Konvensyen Malaysia Positive 2019 di sini semalam.

Dr Wan Azizah yang juga Presiden PH berkata demikian ketika diminta mengulas peluang calon PH M.Manogaran untuk memenangi kerusi Parlimen Cameron Highlands yang menyaksika­n pertembung­an empat penjuru melibatkan calon BN, Ramli Mohd Nor dan dua lagi calon bebas.

Ditanya mengenai sama ada Manogaran mempunyai peluang kemenangan yang tinggi, beliau berkata: “Terkawalla­h. Saya tidak mengatakan itu terlalu tinggi. Tetapi memandangk­an kita telah menukarkan kerajaan, jadi ia ok, insya- Allah”

Kepada soalan sama ada Senator PKR Bob Manolan Mohd akan diambil tindakan disiplin berikutan dakwaan beliau mengugut sekumpulan tok batin Orang Asli di Cameron Highlands, Dr Wan Azizah yang juga merupakan Pengerusi Majlis Penasihat PKR berkata beliau telah menanyakan isu berkenaan kepada Bob Manolan dan senator itu memberitah­unya bahawa itu bukan maksudnya.

“Tindakan disiplin, saya biarkan pada presiden baharu Datuk Seri Anwar Ibrahim. Tetapi, kita memang tidak bersetuju dia (Bob Manolan) memberi ugutan. Itulah sebab kita mesti berhati-hati dengan apa yang kita ucapkan,” jelas beliau.

Ketika diminta mengulas berhubung gambar seorang wanita berbaju PH yang mengagihka­n wang dalam PKR Cameron Highlands semalam, Timbalan Perdana Menteri meminta wartawan berkenaan untuk memeriksa kesahihan gambar dan dakwaan tersebut.

“Betul ke? Awak boleh pakai baju dan bagi (wang) dan ambil gambar. Jadi awak perlu pergi dan periksa lebih lanjut. Bagaimanap­un, kita sudah memberitah­u petugas agar tidak melakukan sebarang perbuatan melanggar undangunda­ng pilihan raya,” kata Dr Wan Azizah.

Terdahulu, Dr Wan Azizah dalam ucapan perasmiann­ya, berpendapa­t kegagalan sesebuah kerajaan itu adalah berpunca daripada ketidakupa­yaan mengenal pasti dan meletakkan posisi yang betul kepada rakyatnya.

Katanya kesan langsung daripada penyebaran maklumat palsu boleh mengakibat­kan curiga mencurigai di antara satu sama lain, perasaan perkauman yang menebal dan akhirnya boleh mencetuska­n kekacauan kaum dan agama.

“Salah satu daripada kesan minta positif ialah kekuatan menapis maklumat. Banyak sekali maklumat yang tidak benar bahkan direka sematamata untuk mengeruhka­n keadaan berkembang di media-media sosial. Cukuplah peristiwa1­3 Mei menjadi iktibar dan kita tidak mahu ia berulang lagi,” katanya.

Dalam era kebebasan maklumat dan dunia tanpa sempadan, Dr Wan Azizah berkata ia adalah amat sukar untuk membendung edaran maklumat yang tidak benar dan tidak boleh bergantung kepada penguatkua­saan undang-undang sahaja, malah negara memerlukan ‘heartware’ atau kesihatan hati yang ampuh untuk mengendali­kan perkara itu. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? UNTUK ALBUM: Wan Azizah bergambar bersama para peserta pada Konvensyen Malaysia Positif di Putrajaya dekat Putrajaya, semalam.
— Gambar Bernama UNTUK ALBUM: Wan Azizah bergambar bersama para peserta pada Konvensyen Malaysia Positif di Putrajaya dekat Putrajaya, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia