Utusan Borneo (Sarawak)

Sesiapa sahaja boleh beri sokongan kepada PH

-

Timbalan Setiausaha Agung DAP, Teresa Kok Suh Sim berkata beliau mengalu-alukan sesiapa sahaja yang mahu memberi sokongan kepada Pakatan Harapan dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Cameron Highlands 26 Jan nanti.

Ahli Parlimen Seputeh itu mengulas tindakan Presiden MyPPP Tan Sri M. Kayveas memberi sokongan terbuka kepada calon PH M. Manogaran kelmarin.

Katanya, mereka turut mengalu- alukan jika ada anggota daripada Barisan Nasional sekalipun memberi sokongan kepada PH pada PRK tersebut.

“Saya tidak boleh kata kita tidak mahu sokongan dia (Kayveas), kalau dia mahu sokong, sokonglah. Ini adalah dunia yang bebas di mana sesiapa sahaja boleh menyatakan sokongan atau ketidaksep­akatan,” katanya kepada media selepas Majlis Penyerahan Surat Pelantikan Anggota Baharu Majlis Perwakilan Penduduk ( MPPWP) Zon Seputeh Tahun 2019/2020.

Pada 6 Jan lepas, Kayveas mengumumka­n hasratnya untuk bertanding pada PRK Cameron Highlands selepas mendapat sokongan padu daripada anggota Majlis Tertinggi MyPPP namun kelmarin, beliau mengiystih­arkan tidak akan bertanding malah memberi sokongan kepada PH.

PRK tersebut akan menyaksika­n pertanding­an empat penjuru antara Timbalan Pengerusi DAP Pahang M. Manogaran, 60, mewakili PH, bekas pegawai kanan polis Ramli Mohd Nor, 61 (BN) dan bekas pensyarah di Institut Aminuddin Baki, Sallehudin Ab Talib, 61 dan petani Wong Seng Yee, 40 masingmasi­ng sebagai calon bebas.

Ia diadakan berikutan Mahkamah Tinggi Pilihan Raya mengisytih­arkan kerusi Cameron Highlands yang disandang Datuk C.Sivarraajh adalah terbatal dan tidak sah selepas berlaku amalan rasuah untuk mempengaru­hi pengundi di kawasan itu.

Suruhanjay­a Pilihan Raya menetapkan pengundian awal 22 Jan dan hari pengundian 26 Jan. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia