Utusan Borneo (Sarawak)

Calon PH perlu kerja keras untuk menang PRK Cameron Highlands

-

“Dia baik tapi perlu keras untuk menang,” demikian menurut seorang pengundi mengena calon Pakatan Harapan (PH) bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Cameron Highlands, M. Manogaran.

Abdul Latif Hussin, 70 berkata Manogaran perlu menumpukan kempen beliau untuk memenangi undi ketua is rumah di kawasan tanah tingg itu kerana mereka boleh mempengaru­hi pilihan keluarga.

“Memang pengundi muda itu kita tidak nafikan peranan mereka, tapi jangan abaikan ketua isi rumah,” katanya ketika ditemui Bernama semasa tinjauan mesra calon Barisan Nasional (BN), Mohd Raml Nor di sini, semalam.

Katanya Manogaran disifatkan sebagai seorang yang baik kerana sering berada d Cameron Highlands walaupun sebelum diumum sebaga calon dan menjadikan beliau mudah didekati penduduk.

Pesara polis itu berkata sejak 2004 Cameron Highlands diwakili (BN) dan tidak dinafikan banyak pembanguna­n dilaksanak­an oleh parti berkenaan.

“Oleh sebab itu, beliau (Manogaran) perlu kerja keras untuk laksanakan apa yang tidak dapat dilakukan oleh BN selama memegang kerusi Parlimen ini termasukla­h isu pertanian dan tanah,” katanya.

Sementara itu, pemilik keda runcit yang hanya ingin dikenali sebagai Siva berkata Manogaran berpeluang menang dalam PRK ini kerana beliau dikenali penduduk tempatan berbeza dengan calon BN Mohd Ramli Nor.

Berbeza dengan Mohd Ramli, ramai penduduk tidak mengenali beliau dan hanya muncul selepas diletakkan sebagai calon BN, katanya.

Bagaimanap­un, seorang peniaga Tony Goh, 54, berbeza pandangan dengan meletakkan keyakinan Mohd Ramli akan mengekalka­n kemenangan BN di kawasan peranginan tanah tinggi itu.

Sementara itu, Mohd Raml berharap pengundi akan memberikan kepercayaa­n kepada beliau untuk menjadi Orang Asli pertama berada di Dewan Rakyat bagi memperjuan­gkan suara masyarakat pribumi.

“Saya nak suara Orang Asli di parlimen, let make a history,” kata bekas pegawa kanan polis dari suku kaum Semai itu. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia