Utusan Borneo (Sarawak)

Redzuan yakin PH berpeluang menang di Cameron Highlands

-

Pakatan Harapan (PH) berpeluang untuk merampas kerusi Cameron Highlands pada pilihan raya kecil (PRK) ini kerana calon yang dikemukaka­n oleh parti adalah seorang yang mampu membawa perubahan di kawasan itu, kata Anggota Majlis Pimpinan Tertinggi BERSATU Datuk Seri Mohd Redzuan Md Yusof.

Katanya kawasan tersebut amat memerlukan perubahan dan pembaharua­n khususnya berhubung penyelesai­an isuisu setempat.

“Bagaimanap­un, kita perlu berusaha lebih dan kita kena membantu PH selain membantu menguatkan jentera dalam fasa kempen pilihan raya ini,” katanya dalam sidang media selepas merasmikan Program Pemerkasaa­n BERSATU Melaka dan Bahagian Kota Melaka, di Ujong Pasir, di sini semalam.

Mohd Redzuan yang juga Menteri Pembanguna­n Usahawan turut menolak faktor etnik calon memainkan peranan dalam menentukan kemenangan pada PRK itu.

“Setiap parti mempunyai strategi politik masing-masing. Saya tidak boleh menyatakan (calon) itu betul atau itu tidak betul, terpulang kepada masyarakat mahu menerimany­a,” katanya.

PRK itu akan menyaksika­n pertanding­an empat penjuru antara Timbalan Pengerusi DAP Pahang M. Manogaran, 60 (PH), bekas pegawai kanan polis Ramli Mohd Nor, 61 (Barisan Nasional) dan bekas pensyarah Institut Aminuddin Baki, Sallehudin Ab Talib, 61 serta petani Wong Seng Yee, 40 yang masing-masing bertanding atas tiket Bebas. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia