Utusan Borneo (Sarawak)

Kerajaan didik orang ramai biasakan diri peraturan larangan merokok

Kementeria­n akan terus memberi pendedahan serta meninjau premis

-

KOTA KINABALU: Kerajaan negeri memberi tempoh enam bulan bagi mendidik orang ramai membiasaka­n diri dengan peraturan larangan merokok di beberapa kawasan yang sudah dikenalpas­ti di negeri ini.

Menteri Kesihatan dan Kesejahter­aan Rakyat Datuk Stephen Wong berkata, sepanjang tempoh itu, kementeria­nnya akan terus memberi pendedahan serta meninjau premis sebelum penguatkua­saan denda terhadap pesalah dilaksanak­an bermula awal Julai depan.

“Saya menasihatk­an orang ramai supaya patuh dengan peraturan baharu ini yang sudah ditetapkan dan tidak sesekali cuba mencabar kuasa pihak yang diberikan autoriti.

“Selepas tempoh itu (enam bulan), jika didapati masih ada yang mengingkar­i peraturan larangan merokok, kita tidak akan teragak-agak untuk mengenakan denda kepada mereka,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas menyempurn­akan penyampaia­n sijil Perkhidmat­an Berhenti Meroko (mQuit) kepada Hospital Gleneagles, di sini pada Sabtu.

Selain itu Stephen berkata, kerajaan negeri belum berhasrat untuk menyediaka­n kemudahan tempat merokok kepada premis-premis makanan di negeri ini.

Katanya, kemudahan se- umpama itu bukanlah tugas kementeria­n, tetapi bergantung kepada inisiatif pemilik premis terbabit sekiranya ingin memudahkan pelanggan mereka merokok.

Ketika berucap, beliau berkata, kajian Morbiditi Kesihatan Kebangsaan membuktika­n bahawa pada tahun 2015, kelaziman kegiatan merokok di negara ini adalah pada kadar 22.8 peratus.

Katanya, bagi Sabah sahaja direkodkan sebanyak 28.5 peratus yang mana satu angka kadar tertinggi berbanding negeri lain.

Selain itu katanya, purata kos penjagaan kesihatan bagi rawatan pesakit yang mengidapi komplikasi paru-paru kronik juga boleh mencecah RM123,000 termasuk kos hospital, dan rawatan lain.

Untuk itu, beliau berharap orang ramai akan dapat memberi kerjasama kepada KKM bagi mengurangk­an jumlah perokok tegar, sekaligus membendung kegiatan rokok seludup.

Terdahulu, mesyuarat Kabinet negeri bersetuju untuk melaksanak­an Peraturan Kawalan Produk Tembakau (Pindaan) 2018 yang membabitka­n semua premis makanan bermula 1 Februari.

Individu yang ingkar akan dikenakan denda maksimum RM10,000 atau penjara sehingga dua tahun.

Seramai 747 pegawa Jabatan Kesihatan neger akan terbabit dalam pelaksanaa­n larangan merokok itu termasuk di kawasan luar bandar.

Hadir sama pada majlis itu ialah Pengarah Jabatan Kesihatan negeri Sabah Datuk Dr Christina Rundi dan Ketua Pegawai Eksekutif Hospita Gleneagles Kota Kinabalu Noel Cheah.

 ??  ?? DIDIK: Stephen (dua, kanan) menyaksika­n penyampaia­n sijil perkhidmat­an mQuit oleh Christina kepada Noel di Hospital Gleneagles, di sini pada Sabtu.
DIDIK: Stephen (dua, kanan) menyaksika­n penyampaia­n sijil perkhidmat­an mQuit oleh Christina kepada Noel di Hospital Gleneagles, di sini pada Sabtu.
 ??  ?? JAGA KEBERSIHAN: Nordin (dua kiri) berjaya menangkap seekor tikus ketika menyertai Operasi Khas Menangani Tikus di Bandaran Berjaya.
JAGA KEBERSIHAN: Nordin (dua kiri) berjaya menangkap seekor tikus ketika menyertai Operasi Khas Menangani Tikus di Bandaran Berjaya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia