Utusan Borneo (Sarawak)

PPM Semporna tahan lelaki tempatan cuba seludup 25 tong gas

-

Pasukan Polis Marin (PPM) menggagalk­an cubaan seorang lelaki tempatan menyeludup keluar 25 tong gas memasak melalui kawasan Laut Sum Sum dekat sini ke Filipina, kelmarin.

Komander PPM Wilayah 4 Sabah, ACP Mohamad Pajeri Ali berkata bertindak atas maklumat unit risikan marin, lelaki berusia 25 tahun itu dikesan dan ditahan pada jam 12.50 tengah hari.

“Pemeriksaa­n dalam bot menemukan 25 tong gas memasak yang berisi dan tiada dokumen yang sah daripada Kementeria­n Perdaganga­n Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna untuk membawa barang kawalan tersebut,” katanya dalam kenyataan di sini, semalam.

Katanya, selain tong gas, turut dirampas satu tong jerikin berisi minyak petrol.

Mohamad Pajeri berkata tangkapan dan rampasan dibawa ke pangkalan PPM Semporna untuk tindakan lanjut di bawah Akta Kawalan Bekalan 1961.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia