Utusan Borneo (Sarawak)

Amanah Labuan adakan pemilihan parti pada 24 Feb

-

Parti Amanah Negara (AMANAH) Labuan dijadual mengadakan pemilihan untuk memilih barisan dan pemimpin baharu pada 24 Februari ini.

Jawatankua­sa protem AMANAH Labuan telah menetapkan tarikh itu susulan arahan Pendaftar Pertubuhan (RoS) supaya mengadakan­nya sebelum Mac.

Sebanyak 66 cawangan parti itu telah ditubuhkan dan diluluskan RoS antara November dan Disember tahun lepas.

Setiausaha AMANAH Wilayah Persekutua­n Ismail Yahaya berkata mesyuarat peringkat cawangan akan mengundi untuk 15 anggota jawatankua­sa bahagian.

“Anggota jawatankua­sa berkenaan pula kemudian akan mengundi untuk memi- lih ketua bahagian,” katanya kepada Bernama.

Ismail berkata pemilihan parti itu perlu dilakukan secara demokratik bag membolehka­n anggotanya memilih pemimpin mereka yang dirasakan dapat membawa parti itu ke tahap lebih tinggi.

“Kami mempunyai strateg untuk memastikan pemilihan parti berjalan lancar mengikut peraturan parti...pemilihan ini juga akan membantu menyatukan anggota dan bersamasam­a dengan kepimpinan part bergerak ke arah tujuan yang sama,” katanya.

AMANAH melebarkan sayapnya ke Labuan pada Jun tahun lepas dan mendapat sambutan menggalakk­an daripada penduduk di pulau ini. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia