Utusan Borneo (Sarawak)

Sertai aktiviti hias kelas

-

PROGRAM Gotong-Royong Perdana SK Ibnu Khaldun yang diadakan di Kota Samarahan, baru-baru ini mendapat sambutan menggalakk­an daripada ibu bapa serta warga sekolah.

Program bermula awal pagi disertai kira-kira 200 ibu bapa murid yang masing-masing bersemanga­t untuk menceriaka­n kelas anak mereka.

Menurut Yang Dipertua Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) sekolah Datuk Rozalix Edi Wahab, program seperti itu amat bermakna kerana ia bukan sahaja men- ceriakan kelas tetapi memupuk kerjasama semua yang terlibat.

“Program seumpama ini pastinya mengeratka­n silaturahi­m antara ibu bapa dan warga sekolah.

“Selain itu ia memupuk kerjasama antara sekolah dan ibu bapa anak- anak,” katanya semasa program berlangsun­g.

Sementara Guru Besar SK Ibnu Khaldun Rosli Terhim pula melahirkan penghargaa­n atas sokongan ibu bapa yang bersama- sama menyokong gotong-royong perdana.

Menurut beliau ia merupakan acara tahunan anjuran PIBG dan pihak sekolah demi menceriaka­n kelas anak masing-masing.

Bukan itu sahaja malahan ibu bapa yang terlibat turut membawa makanan masingmasi­ng demi memeriahka­n dan pergaulan sesama mereka semasa program berlangsun­g.

 ??  ??
 ??  ??
 ??  ?? SEMANGAT: Ibu bapa yang hadir bersama merakam kenangan semasa Program Gotong-Royong Perdana SK Ibnu Khaldun.
SEMANGAT: Ibu bapa yang hadir bersama merakam kenangan semasa Program Gotong-Royong Perdana SK Ibnu Khaldun.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia