Utusan Borneo (Sarawak)

RONDAAN CEGAH JENAYAH BERTUKAR SERBUAN KHALWAT

-

MIRI: Rondaan cegah jenayah harian Jawatankua­sa Penduduk (JKP) di sebuah kawasan perumahan di Jalan Peninsula Pulau Melayu menemui sepasang kekasih yang berduaduaa­n di tempat gelap awal pagi kelmarin.

Menurut kenyataan JKP Miri, pihaknya menemui seorang lelaki berusia 31 tahun dan seorang wanita, 27 tahun, di tempat kejadian pada jam 1.55 pagi.

“Pada mulanya unit ronda JKP menerima permohonan untuk memantau sebuah rumah di kawasan perumahan tersebut yang kerap diceroboh dan mengalami kecurian sebelum ini.

“Bagaimanap­un unit ronda terserempa­k sebuah kereta mencurigak­an diparkir di kawasan gelap berhampira­n dan mendapati ada sepasang kekasih di dalam kereta,” katanya dalam kenyataan itu semalam.

Kenyataan itu menyebut sepasang kekasih itu kemudianny­a dirujuk kepada Jabatan Agama Islam Sarawak (JAIS) di sini untuk tindakan selanjutny­a.

“Difahamkan lelaki tersebut sudah berkahwin dan mempunyai empat anak, manakala wanita itu belum berkahwin.

“Ini merupakan kes kedua apabila pasangan kekasih yang sama pernah ditangkap berduaduaa­n di tempat gelap sebelum ini,” ujarnya.

 ??  ?? BERKHALWAT: Pasangan kekasih itu ditangkap berdua-duaan dalam kereta di tempat gelap.
BERKHALWAT: Pasangan kekasih itu ditangkap berdua-duaan dalam kereta di tempat gelap.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia