Utusan Borneo (Sarawak)

BAYI MANGSA DERA MENINGGAL DUNIA

-

SIBU: Bayi lelaki Aariz Harraz Zahin Azman, 9 bulan, yang kritikal disyaki didera pengasuhny­a disahkan meninggal dunia di Hospital Sibu pagi semalam.

Ketua Polis Daerah Sibu ACP Stanley Jonathan Ringgit ketika dihubungi berkata, pihaknya telah dimaklumka­n bahawa mesin bantuan hayat dicabut pada jam 11.40 pagi.

Menurutnya, mangsa menghembus­kan nafas terakhir beberapa minit kemudian.

“Kes akan diklasifik­asikan sebagai kes bunuh dan disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

“Reman ke atas suspek disambung hingga 17 Januari ini,” jelasnya.

Aariz yang dilaporkan mengalami mati otak pada Sabtu, menerima rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Sibu sejak 7 Januari lepas setelah koma disyaki menjadi mangsa dera oleh pengasuhny­a di Jalan Permai Isnin lepas.

Wanita berusia 39 tahun itu ditahan polis susulan laporan yang dibuat bapa mangsa.

Siasatan mendapati suspek tidak mempunyai lesen untuk menjalanka­n pusat asuhan dan hanya membantu menjaga kanak-kanak yang dihantar ibu bapanya pada waktu bekerja.

Laporan awal doktor mendapati mangsa mengalami pendarahan pada bahagian dalam otak serta kedua-dua mata, selain keretakan tulang sebelah kiri kepala.

Polis turut menerima satu lagi laporan membabitka­n suspek yang disyaki mendera seorang kanak-kanak berumur satu tahun lima bulan di pusat asuhan terbabit.

Sementara itu, Menteri Muda Kesihatan Awam Dr Annuar Rapa’ee turut menziarahi keluarga mangsa di Hospital Sibu semalam.

 ??  ?? TURUT BERSEDIH: Dr Annuar ketika menziarahi keluarga mangsa di Hospital Sibu.
TURUT BERSEDIH: Dr Annuar ketika menziarahi keluarga mangsa di Hospital Sibu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia