SOLSKJAER PUJI DE GEA SEBAGAI ‘PENJAGA GOL TERBAIK DUNIA’

Pejaga gol United itu pamer aksi luar biasa untuk pertahan pendahuluan 1-0 United ketika menentang Spurs di Wembley

Utusan Borneo (Sarawak) - - Muka Depan -

LONDON, England: Pengurus Manchester United, Ole Gunnar Solskjaer berkata penjaga golnya, David de Gea membuktikan dirinya untuk dipertimbangkan sebagai penjaga gol terhebat Manchester United selepas mempamerkan aksi luar biasa untuk mempertahankan pendahuluan 1-0 ketika menentang Tottenham Hotspur dalam aksi Liga Perdana Inggeris Ahad lepas.

Perlawanan di Stadium Wembley itu mempertemukan dua jurulatih yang bakal menggantikan tempat Jose Mourinho secara tetap tetapi pengurus sementara, Solskjaer, kelihatan mengatasi pengurus Spurs, Mauricio Pochettino kali ini.

Marcus Rashford menjaringkan gol tunggal kemenangan pada minit ke-44 dan selain aksi cemerlang pemain tengah, Paul Pogba, aksi De Gea juga akan dikenang sepanjang zaman.

Beliau menepis 11 cubaan – paling banyak yang pernah beliau lakukan dalam Liga Perdana tanpa bolos – menyebabkan pemain Spurs hanya mampu menggeleng kepala seakan tidak percaya.

Solskjaer memuji De Gea sebagai “penjaga gol terbaik dunia” tetapi juga memuji benteng pertahanan dan semangat berpasukan.

“Kami mempunyai beberapa penjaga gol terhebat di kelab dan saya fikir beliau mencabar Edwin (van der Sar) dan Peter (Schmeichel) sebagai penjaga gol nombor

Kami mempunyai beberapa penjaga gol terhebat di kelab dan saya fikir beliau mencabar Edwin (van der Sar) dan kelab. ”

Peter (Schmeichel) sebagai penjaga gol nombor satu dalam sejarah Ole Gunnar Solskjaer Pengurus Manchester United

satu dalam sejarah kelab,” kata beliau.

“Kem e - nangan di sini s a n g a t b e s a r , semangat berpasukan juga hebat, kepercayaan dan kegembiraan dalam bilik persalinan sememangnya hebat,” tambah jurulatih dari Norway itu, yang menyamai rekod pengu- rus l e g - e n d a ,

M a t t Busby yang memenangi lima perlawanan liga pertama sebagai jurulatih k e - lab. U n i t e d kurang lapan mata di belakang Arsenal apabila Solskjaer dilantik sebagai pengurus sementara pada 19 Disember tetapi sekarang mereka berkongsi 41 mata tetapi masih di belakang Arsenal yang berada di tangga kelima dengan perbezaan gol.

Kekalahan sememangnya keputusan mengecewakan buat Spurs, yang sekali lagi kurang menyengat ketika menghadapi tekanan dan kekal sembilan mata di belakang pendahulu liga, Liverpool tetapi kini hanya berkelebihan satu mata di hadapan Chelsea ( tangga k e e m - pat). P o c h e t t i n o bagaimanapun memuji aksi anak buahnya walaupun tewas.

“Tottenhammelakukansegala-galanya untuk menang,” kata beliau. “Mungkin kami menguasai permainan dan mencipta banyak peluang. Ia adalah separuh masa kedua yang hebat dan saya berasa gembira.

“Kadang-kadang anda menang tetapi berasa kecewa, seperti ketika kami menang 3-0 di Old Trafford. Mereka lebih bagus berbanding kami pada hari itu. Keputusan hari ini seharusnya berbeza dan saya berasa gembira.”

Pada perlawanan awal, tandukan Kurt Zouma dan pemain gantian, Dominic Calvert-Lewin memastikan Everton menang 2-0 ke atas Bournemouth, sekali gus melonjak ke-10 liga. Kemenangan itu adalah yang kedua dari sembilan perlawanan liga dan juga kali pertama Everton mengelak pintu gol dari dibolosi di Goodison Park sejak 24 November. Zouma memilih meraikan gol bersama- sama pengurus kelab, Marco Silva dan kemudian memberitahu penyiaran Sky Sports: “Saya pergi ke arah pengurus kerana beliau mahu saya menjaringkan gol lebih banyak dari musim lepas.” Kemenangan itu hadir beberapa hari selepas Ketua Eksekutif (CEO) Everton, Denis Barret-Baxendale menetapkan sasaran memenangi kejuaraan Liga Perdana dan beraksi dalam Liga Juara-Juara di stadium baharu kelab pada dekad yang akan datang. Pemegang saham terbesar kelab, Farhad Moshiri, melabur besar ke dalam kelab, dengan kelab akan menghantar permohonan pembinaan stadium baharu di Bramley-Moore pada lewat tahun ini dengan anggaran berjumlah 500 juta pound.

“Ia perlawanan yang sangat penting untuk kami,” kata Silva. “Kami harus mencapa keputusan, bagi kami ia penting untuk mengembalikan prestasi dan sedikit keyakinan. Tanpa bolos juga sangat penting untuk pasukan.”

Separuh masa pertama berakhir tanpa jaringan dengan Everton hanya mempunyai satu cubaan tepat dan Bournemouth mempunya dua cubaan sebelum Zouma – yang dipinjam dari Chelsea – menjaringkan gol pertamanya untuk Everton pada minit ke-61 dari umpanan Lucas Digne.

Ia adalah gol pertama Zouma sejak menjaringkan go untuk Stoke ketika seri 2-2 dengan Brighton pada November 2017.

Everton bagaimanapun terpaksa bertahan dari asakan demi asakan Bournemouth sebelum Calvert-Lewin, yang dimasukkan pada minit ke-87 melengkapkan jaringan pada minit kecederaan. — AFP

DE GEA

SOLSKJAER

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.