Utusan Borneo (Sarawak)

PEJALAN KAKI MAUT DILANGGAR LORI

-

KUCHING: Seorang pejalan kaki maut apabila dilanggar sebuah lori ketika sedang melintas jalan, di Jalan Sultan Tengah di sini.

Mangsa dikenali sebagai Awang Kadri Awang Kadir berusia 38 tahun dan berasal dari Kampung Rampangi.

Ketua Jabatan Penyiasata­n dan Penguatkua­saan Trafik Sarawak Superinten­den Alexon Naga Chabu berkata, kemalangan dilaporkan berlaku sekitar jam 2 petang semalam, apabila lori yang dipandu seorang lelaki dari arah Santubong menghala ke Kuching telah melanggar mangsa yang sedang melintas jalan.

“Mangsa yang cedera parah di kepala disahkan meninggal dunia di tempat kejadian oleh paramedik Hospital Umum Sarawak (HUS),” katanya menerusi satu kenyataan.

Alexon berkata mayat mangsa juga telah dibawa ke Unit Forensik HUS untuk tindakan lanjut. Siasatan masih dijalankan di bawah Seksyen 41 (1) Akta Pengangkut­an Jalan 1987.

 ??  ?? TRAGIK: Mayat mangsa terbujur kaku di tengah jalan selepas kemalangan itu.
TRAGIK: Mayat mangsa terbujur kaku di tengah jalan selepas kemalangan itu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia