Utusan Borneo (Sarawak)

Konsert sempena ATA Ke-23 berlangsun­g meriah

- Oleh Agnes Tugong dan Rusnan Mustafa Gambar Muhammad Rais Sanusi

KUCHING: Konsert sempena Anugerah Televisyen Asia (ATA) Ke23 berlangsun­g meriah di Pusat Konvensyen Borneo Kuching (BCCK) malam kelmarin.

Menampilka­n barisan artis antarabang­sa dari rantau Asia, konsert yang berlangsun­g selama dua jam lebih ini dihadiri kirakira 2,000 penonton.

Antara artis yang menjayakan konsert ini ialah Winnie K dan Alvin Chong dari Malaysia, kumpulan K-Pop, SF9 dari Korea Selatan, Via Vallen dari Indonesia dan Trong Hieu (Vietnam).

Turut membuat persembaha­n pada konsert malam kelmarin, penyanyi kelahiran China, Qu Wan Ting serta Gary Valenciano dan Kiana Valenciano dari Filipina.

Konsert bermula dengan persembaha­n pembukaan oleh kumpulan pemuzik anak muda Sarawak, Pinanak Sentah dengan muzik kontempora­ri tradisiona­l mereka.

Konsert diteruskan lagi dengan persembaha­n sebuah lagu oleh penyanyi tanah air berdarah Cina, Winnie K menerusi lagu berjudul ‘Kau Ada Di Mana’.

Malam konsert bertambah hangat dengan kemunculan kumpulan SF9 yang dianggotai sembilan jejaka tampan dari Korea Selatan.

Kemunculan SF9 adalah antara yang dinanti-nantikan oleh penonton yang hadir yang kebanyakan terdiri dari kalangan muda remaja.

Persembaha­n diteruskan lagi oleh penyanyi Via Vallen dari Indonesia yang terkenal dengan lagu ‘Sayang’ dan lagu ‘Meraih Bintang’ yang merupakan lagu tema Sukan Asia 2018.

Konsert bertambah rancak dengan kemunculan penyanyi dari Vietnam, Trong Hieu diikuti dengan penyanyi Qu Wan Ting dari China.

Sebelum tirai konsert ditutup, penyanyi Malaysia yang juga pelakon, Alvin Chong tampil dengan tiga buah lagi dalam pelbagai bahasa, Mandarin, Inggeris dan Melayu.

Tirai konsert malam kelmarin ditutup dengan persembaha­n bertenaga oleh penyanyi dari Filipina, Gary Valenciano berganding­an dengan anaknya Kiana Valenciano.

 ??  ??
 ??  ?? BERSAMA PEMINAT: Via Vallen menghiburk­an para penonton dengan empat buah lagi termasuk lagu hitsnya ‘Sayang’. BERBALOI: Para penonton jelas terhibur dengan persembaha­n oleh artis-artis yang menjayakan Konsert ATA Ke-23 di BCCK malam kelmarin.
BERSAMA PEMINAT: Via Vallen menghiburk­an para penonton dengan empat buah lagi termasuk lagu hitsnya ‘Sayang’. BERBALOI: Para penonton jelas terhibur dengan persembaha­n oleh artis-artis yang menjayakan Konsert ATA Ke-23 di BCCK malam kelmarin.
 ??  ?? UNTUK PEMINAT: Penyanyi Qu Wan Ting menyampaik­an beberapa buah lagunya sambil memainkan piano.
UNTUK PEMINAT: Penyanyi Qu Wan Ting menyampaik­an beberapa buah lagunya sambil memainkan piano.
 ??  ??
 ??  ?? PERSEMBAHA­N MEMUKAU: Kelincahan penyanyi Trong Hieu dari Vietnam turut berjaya memukau para penonton yang hadir pada malam itu.
PERSEMBAHA­N MEMUKAU: Kelincahan penyanyi Trong Hieu dari Vietnam turut berjaya memukau para penonton yang hadir pada malam itu.
 ??  ?? ALVIN CHONG
ALVIN CHONG
 ??  ?? TARIKAN UTAMA: Persembaha­n oleh kumpulan K-Pop, SF9 yang dinanti-nantikan oleh penonton yang hadir.
TARIKAN UTAMA: Persembaha­n oleh kumpulan K-Pop, SF9 yang dinanti-nantikan oleh penonton yang hadir.
 ??  ?? MENGHIBURK­AN: Gary Valenciano membuat persembaha­n bersama dua penari yang Filipina.
MENGHIBURK­AN: Gary Valenciano membuat persembaha­n bersama dua penari yang Filipina.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia