Berhati-hati pilih pengasuh

Ibu bapa dinasihati supaya berhati-hati pilih pengasuh jaga anak-anak mereka

Utusan Borneo (Sarawak) - - Muka Depan - Oleh Borhaniza Ali Basah

SIBU: Menteri Muda Pendidikan dan Penyelidikan Teknologi Dr Annuar Rapa’ee berharap kejadian tragik menimpa bayi lelaki, Aariz Harraz Zahin Azman, 9 bulan tidak berulang.

Sehubungan itu, Menteri Muda Kesihatan Awam itu menasihati ibu bapa supaya berhati-hati memilih pengasuh untuk menjaga anak-anak mereka.

“Kejadian itu merupakan pengajaran yang menyakitkan bagi ibu bapa mangsa serta masyarakat di sini secara keseluruhannya.

“Saya harap ibu bapa menghantar anak-anak mereka di mana-mana rumah pengasuh bayi supaya lebih berhati-hati dan sentiasa memantau anakanak mereka.

“Adalah hari yang sangat menyedihkan bagi keluarga dan masyarakat Sibu mendengar berita bayi berusia sembilan bulan cedera teruk akibat didera.

“Kita tidak mahu insiden tragik itu berulang pada masa akan datang,” katanya ketika ditemui di sini petang semalam.

Dr Annuar berkata, beliau sempat menziarahi ibu bapa bayi terbabit di Hospital Sibu semalam untuk memberi semangat kepada pasangan terbabit agar mereka tabah menghadapi ujian itu.

Aariz yang menjadi mangsa dera pengasuhnya di Jalan Permai di sini Isnin lalu, me-

“Kejadian itu merupakan pengajaran yang menyakitkan bagi ibu bapa mangsa serta masyarakat di sini secara keseluruhannya.

Dr Annuar Rapa’ee Menteri Muda Pendidikan dan Penyelidikan Teknologi

ninggal di Hospital Sibu selepas mesin bantuan hayatnya dipadamkan, jam 11.40 pagi.

“Kedua- dua ibu bapa ( Aariz) adalah guru dan bayi itu meninggal dengan tenang sekitar tengah hari dan saya berada di sana bersama mereka.

“Ia memang sangat tragik kerana bayi itu didakwa didera dengan kecederaan otak yang teruk.

“Doktor mendiagnosis bayi itu sebagai mengalami kematian otak dan tidak ada peluang untuk hidup.

“Saya dimaklumkan bahawa proses bedah siasat dijalankan,” katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Sibu ACP Stanley Jonathan Ringgit berkata kes itu sebelum ini disiasat mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001 kerana disyaki mendera kanakkanak.

“Kes kini diklasifikasikan sebagai kes bunuh dan disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

“Reman ke atas suspek disambung sehingga 17 Januari ini,” katanya ketika dihubungi.

Selasa lalu, polis memberkas wanita berusia 39 tahun itu susulan laporan polis dibuat bapa mangsa.

Siasatan mendapati suspek tidak mempunyai lesen menjalankan pusat asuhan dan hanya membantu menjaga kanak-kanak yang dihantar oleh ibu bapanya pada waktu bekerja.

LAWAT: Dr Annuar ketika melawat ahli keluarga bayi lelaki Aariz di Hospital Sibu, kelmarin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.