Utusan Borneo (Sarawak)

RUMAH UNTUK RAKYAT

Kerajaan Sarawak bangun 2,500 Rumah Pertiwiku untuk golongan berpendapa­tan rendah.

- Oleh Clare Cinderella

MIRI: Kerajaan Sarawak membangunk­an 2,500 rumah mampu milik di bawah projek perumahan sendiri, Rumah Pertiwiku dengan harga RM90,000 hingga RM150,000.

Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg berkata harga tersebut mampu dibeli kumpulan berpendapa­tan rendah selepas diberi subsidi satu pertiga daripada kos sebenar.

Katanya, projek perintis itu dilaksanak­an di Kemunyang, Sibu, Jepak di Bintulu, NiahLambir di Miri dan Kuching dibangunka­n kerajaan negeri mengikut cara sendiri di bawah Kementeria­n Perumahan dan Kerajaan Tempatan.

"Di Kemunyang sahaja lebih 300 unit rumah itu dibangunka­n dan jumlah keseluruha­nnya pada tahun ini, saya percaya kita mampu bangunkan dari 2,000 hingga 2,500 unit rumah untuk rakyat berpendapa­tan rendah," katanya pada sidang media selepas mempengeru­si Mesyuarat Jawatankua­sa Koordinasi Pembanguna­n Peringkat Negeri di sini semalam.

Abang Johari berkata, rakyat yang mempunyai gaji antara RM800 hingga RM2,500 layak memohon projek Rumah Pertiwiku, salah satu daripada inisiatif Team Abang Jo.

"Ini adalah strategi jangka panjang kita membantu rakyat memiliki rumah dan di bawah Kementeria­n Perumahan dan Kerajaan Tempatan kita melaksanak­an dasar polisi dari sudut negeri Sarawak menggunaka­n cara sendiri," tambahnya.

Syarikat Mutiara Mortgage and Finance pula menyuntik dana menyediaka­n pinjaman kepada pembeli rumah itu khususnya berpendapa­tan rendah.

Terdahulu semasa mesyuarat ketiga bagi peringkat negeri selepas Kuching dan Bintulu, Abang Johari diberi taklimat oleh empat kementeria­n iaitu Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Pemodenan Pertanian, Infrastukt­ur dan Utiliti.

Katanya, antara yang dilaksanak­an ialah empat projek besar memberi impak besar kepada rakyat iaitu jambatanja­mbatan di jalan pesisiran membabitka­n Jambatan Batang Lupar, Jambatan Lassa, Jambatan Rambungan dan Jambatan Kemena.

"Jambatan ini penting kerana menghubung­kan jalan pesisir dibangunka­n bagi memantapka­n rangkaian hubungan jalan negeri ini seiringi dengan usaha Kementeria­n Pemodenan Pertanian membuka kawasan baharu menerusi taman pertanian dan penggunaan teknologi dalam sektor pertanian," ujar beliau.

Abang Johari kemudian memberi pujian kepada kementeria­n dan kumpulan pelaksana mampu melaksanak­annya mengikut jadual di samping 324 projek di peringkat akar umbi yang mempunyai peruntukan RM6.42 bilion memberi impak besar kepada rakyat.

Hadir sama Timbalan Ketua Menteri merangkap Menteri Pemodenan Pertanian Tanah Adat dan Pembanguna­n Wilayah Datuk Amar Douglas Uggah Embas, Menteri Utiliti Dato

Sri Dr Stephen Rundi Utom serta Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Datuk Dr Sim Kui Han.

Terdahulu, Abang Johari turut melancarka­n ‘booklet’ ‘Demi Rakyat Sarawak-Inisiatif Team Abang Jo' di sini.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia