PENUNGGANG MOTOSIKAL BERKUASA TINGGI MAUT

Utusan Borneo (Sarawak) - - Muka Depan -

KUCHING: Seorang penunggang motosikal berkuasa tinggi maut dalam kemalangan di Kilometer 66 Jalan Sri Aman-Sarikei yang berlaku sekitar jam 7.30 pagi semalam.

Mangsa dikenali sebagai Thomas Beneth Indit Kuncil berusia 25 tahun dari Rumah Empading Bunu Skrang, Engkilili.

Menurut Ketua Jabatan Penyiasatan dan Penguatkuasaan Trafik Sarawak Superintenden Alexon Naga Chabu, kejadian berlaku apabila mangsa yang menunggang motosikal Yamaha R250 dalam perjalanan dari Sri Aman menuju ke Saratok memotong sebuah kereta Perodua Viva sebelum hilang kawalan lalu merempuh sebuah kereta Perodua Kembara yang datang dari arah bertentangan.

Impak daripada pelanggaran tersebut, mangsa mengalami kecederaan parah dan disahkan meninggal dunia ketika mendapatkan rawatan di Hospital Betong.

Bagaimanapun, pemandu Perodua Kembara tersebut tidak mengalami kecederaan.

“Siasatan awal mendapati kemalangan berpunca daripada kecuaian penunggang motosikal tersebut,” katanya menerusi satu kenyataan, semalam.

Kes disiasat di bawah Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

RASMI: Abang Johari menurunkan tanda tangan pada plak perasmian simbolik pelancaran ‘booklet’ ‘Demi Rakyat–Inisiatif Team Abang Jo’ sambil disaksikan Uggah (tiga kiri) dan yang lain.

TERSADAI: Motosikal mangsa rosak teruk selepas kemalangan berkenaan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.