Utusan Borneo (Sarawak)

MAYAT SUDAH MEREPUT DITEMUI DI TEBING SUNGAI

-

KUCHING: Mayat seorang lelaki yang sudah mereput ditemui di tebing sungai berhampira­n jambatan Sekolah Kebangsaan (SK) Kambug, Padawan semalam.

Ketua Polis Daerah Padawan Superinten­den Aidil Bolhassan berkata mayat lelaki tanpa identiti itu ditemui orang awam, lalu menghubung­i polis sekitar jam 7.10 malam.

Menurut beliau, siasatan awal mendapati mayat lelaki tersebut dalam keadaan terlentang di atas permukaan tembok batu dan lengkap berpakaian iaitu berseluar hitam, berbaju coklat lengan panjang bercorak belang serta tidak berkasut.

“Keadaan mayat telah berulat di seluruh badan dipercayai lebih daripada tiga hari,” katanya menerusi satu kenyataan semalam.

Aidil menambah, plastik berwarna merah juga dijumpai di sebelah kiri telinga mayat, namun tidak dipastikan kandungann­ya.

Beliau berkata kedudukan mayat dijumpai adalah lebih kurang 15 meter dari atas jambatan ke tebing sungai, di mana jambatan tersebut merupakan laluan utama penduduk kampung.

Lokasi tempat kejadian juga tidak jauh dari sempadan Kalimantan, Indonesia iaitu lebih kurang tujuh kilometer dan kampung yang berdekatan dengan sempadan tersebut ialah Kampung Sapit.

Aidil berkata hasil temu bual dengan pemberi maklumat yang juga ketua RELA Ulu Padawan menyatakan bahawa tiada orang hilang dilaporkan setakat ini.

Malah, katanya penduduk kampung juga tidak dapat mengecam mayat tersebut.

“Bedah siasat mayat akan dilakukan selepas waris dan identiti mayat dapat dikenal pasti,” katanya.

Beliau berkata, pihaknya juga akan melakukan semakan pengesahan laporan orang hilang daripada balai polis berdekatan, selain mengambil cap jari mayat untuk mengenal pasti identitiny­a.

 ??  ?? TIDAK DIKENALI: Mayat lelaki sudah berulat ditemui di tebing sungai berhampira­n jambatan SK Kambug, Padawan semalam.
TIDAK DIKENALI: Mayat lelaki sudah berulat ditemui di tebing sungai berhampira­n jambatan SK Kambug, Padawan semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia