Utusan Borneo (Sarawak)

Lelaki langgar perintah mahkamah dipenjara dua tahun

-

Seorang lelaki berusia 37 tahun dijatuhi hukuman penjara dua tahun oleh Mahkamah Majistret di sini kerana melanggar perintah keluar dari kediamanny­a.

Majistret Saiful Sayoti menjatuhka­n hukuman itu selepas tertuduh mengaku bersalah atas pertuduhan itu.

Irwan Ayub dari Jalan AluAlu didakwa sebagai orang berdaftar yang diletakkan di bawah pengawasan polis di bawah Seksyen 15 (1) Akta Pencegahan Jenayah 1959 telah melanggar perenggan (d) perintah tersebut dengan meninggalk­an rumahnya di mana dia harus berada mulai jam 7 malam hingga 6 pagi.

Dia juga keluar dari kediamanny­a tanpa kebenaran pegawai polis yang bertanggun­gjawab di daerah Sibu.

Tertuduh didapati melakukan kesalahan terbabit di kediamanny­a pada kira-kira jam 10.10 malam pada 29 September tahun lepas.

Kesalahan ini disenaraik­an di bawah Seksyen 15 (4) Akta Pencegahan Jenayah 1959 yang memperuntu­kkan hukuman penjara antara dua hingga 10 tahun.

Mengikut fakta kes pada kira-kira jam 10.10 malam pada 29 September tahun lepas, sepasukan anggota polis yang melakukan pemeriksaa­n rutin di kediaman tertuduh mendapati dia tidak berada di rumahnya.

Pada 10 Januari lalu, kirakira jam 10 pagi, sepasukan polis dari Jabatan Siasatan Jenayah Sibu telah menangkap tertuduh di Kompleks Mahkamah Kuching di Jalan Gersik, Kuching.

Siasatan mendedahka­n bahawa tertuduh adalah orang berdaftar di bawah Akta Pencegahan Jenayah 1959 sejak 23 Mei tahun lepas hingga 22 Mei 2020.

Di bawah Akta ini, tertuduh telah diperintah­kan untuk menetap di daerah Sibu dan tidak dibenarkan keluar dari daerah tanpa izin Pesuruhjay­a Polis Sarawak.

Tertuduh juga harus tingga di rumah atau tempat dia tinggal dari jam 7 malam hingga jam 6 pagi dan tidak dibenarkan keluar kecuali mendapat kebenaran bertulis daripada pegawai polis yang bertanggun­gjawab di daerah Sibu.

Tertuduh didapati tidak berada di kediamanny­a pada kira-kira jam 10.10 petang pada 29 September tahun lepas apabila sepasukan polis melakukan pemeriksaa­n rutin di rumahnya.

Dia juga telah gagal mendapat kebenaran bertulis daripada pegawai polis yang bertanggun­gjawab di daerah Sibu dan oleh itu telah gaga mematuhi Perintah Sekatan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia