Utusan Borneo (Sarawak)

Suri rumah rugi RM3,000 diperdaya sindiket ‘Parcel Scam’

-

Gara-gara takut meringkuk dalam penjara, seorang suri rumah di sini kerugian RM3,000 selepas diperdaya sindiket ‘Parcel Scam’ yang menyamar sebagai pegawai polis.

Perkara itu disahkan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersil Sarawak Superinten­den Mustafa Kamal Gani Abdullah selepas menerima laporan daripada wanita berusia 28 tahun itu, semalam.

“Mangsa menerima panggilan daripada seseorang yang memperkena­lkan diri sebagai Sarjan Yusrizal daripada Bahagian Siasatan Jenayah Muar, Johor mengatakan mangsa terlibat dengan kesalahan langgar lari menggunaka­n sebuah kenderaan.

“Pemilik kenderaan terbabit kemudian memberitah­u bahawa mangsa yang menyewa kenderaan itu dan semua butiran diri mangsa ada pada mereka,” katanya dalam satu kenyataan media semalam.

Mustafa berkata, mangsa seterusnya dihubungi seorang wanita yang memperkena­lkan diri sebagai Inspektor Fazura mengatakan mangsa juga terlibat dalam kes pengubahan wang haram menggunaka­n akaun sebuah bank sejumlah RM2.28 juta.

“Wanita itu meminta mangsa memasukkan wang sejumlah RM3,000 ke satu akaun bagi tujuan ikat jamin.

“Mangsa kemudian membuat transaksi pemindahan wang melalui mesin ATM sejumlah RM3,000 ke akaun diberikan wanita itu,” ka- tanya.

Mustafa menambah, mangsa kemudian menyedari ditipu pemanggil itu selepas melakukan pemindahan wang, usaha mangsa menghubung­i pemanggil melalui nombor telefon juga tidak dijawab.

“Polis menasihati orang awam sentiasa berwaspada dan tidak mudah terperdaya dengan muslihat atau tipu helah pihak tertentu menyamar sebagai pegawai atau anggota polis dengan mengatakan anda terlibat dalam kes langgar lari, jenayah pengubahan wang haram dan sebagainya,” jelas beliau.

Mustafa berkata, polis tidak pernah meminta orang ramai membayar wang jaminan menyelesai­kan kes ke akaun bank peribadi mana-mana individu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia