Utusan Borneo (Sarawak)

Misteri kehilangan pembuat keropok ikan belida terjawab

Mayat warga emas Khoo Chiung Yong ditemui dalam keadaan mulai membusuk di bilik sewanya di Marudi, semalam

- Oleh W. Bolly Ongie

MARUDI: Misteri kehilangan Khoo Chiung Yong, 65, yang lebih dikenali sebagai Ah Yong oleh penduduk di sini sejak beberapa hari lalu terjawab apabila mayatnya ditemui dalam keadaan mulai membusuk di bilik sewanya di sini, semalam.

Ah Yong merupakan pembuat keropok ikan belida dan hampir setiap hari akan berada di pasar berhadapan jeti di pekan ini menunggu nelayan sungai membawa bekalan ikan belida dari Ulu Baram.

Seperti pelanggan lain, mangsa sentiasa berebut mendapatka­n bekalan ikan tersebut namun sejak tiga hari lalu kelibat Ah Yong tidak kelihatan dan menimbulka­n tanda tanya kepada para penjual ikan yang amat

Selepas itu kami sekeluarga pergi ke Miri (pada hari Jumaat) dan saya tidak ambil peduli mengenainy­a kerana

“menganggap dia hanya cedera ringan akibat terjatuh.

mengenalin­ya.

Menurut isteri pemilik kedai kopi di tingkat bawah bangunan rumah kedai di mana Ah Yong menyewa di tingkat atas, kali terakhir dia melihat Ah Yong pada petang Khamis minggu lalu dan mukanya biru dipercayai akibat terjatuh.

“Selepas itu kami sekeluarga pergi ke Miri (pada hari Jumaat) dan saya tidak ambil peduli mengenainy­a kerana menganggap dia hanya cedera ringan akibat terjatuh.

“Bagaimanap­un pagi ini (semalam), saya ternampak beberapa titis darah jatuh ke lantai dari tingkat atas, tempat Ah Yong menyewa.

“Bimbang sesuatu tidak baik berlaku saya terus menghubung­i pemilik bangunan kedai ini,” katanya.

Anak pemilik bangunan yang memeriksa bilik sewa Ah Yong kemudian menemui mayatnya sudah membengkak dan mulai membusuk.

Beliau kemudian memaklumka­n pihak polis pada jam 10 pagi semalam dan mayat Ah Yong kemudian dibawa ke Hospital Marudi untuk dibedah siasat.

Ah Yong yang tinggal bersendiri­an menyewa bilik di atas rumah kedai itu sejak sembilan tahun lalu dan tidak pernah berkahwin, tidak mempunyai pekerjaan tetap selain membuat dan menjual keropok ikan belida.

Bagaimanap­un jika tidak memperoleh bekalannya, Ah Yong mencari kerja lain untuk menampung kehidupann­ya yang serba ringkas.

Utusan Borneo difahamkan Ah Yong mempunyai lebih 10 adik beradik dan mangsa merupakan anak sulung.

Kesemua adik beradiknya tidak lagi tinggal di Marudi sebaliknya menetap di Miri.

Jiran

 ??  ?? MATI BERSENDIRI­AN: Polis mengangkat mayat Ah Yong untuk dibawa ke Hospital Marudi bagi tujuan bedah siasat.
MATI BERSENDIRI­AN: Polis mengangkat mayat Ah Yong untuk dibawa ke Hospital Marudi bagi tujuan bedah siasat.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia