Utusan Borneo (Sarawak)

Penunggang motosikal berkuasa tinggi cedera parah berlanggar dengan kereta

-

Seorang penunggang motosikal berkuasa tinggi cedera parah di kepala setelah berlanggar dengan sebuah kereta di Jalan Tun Jugah, sekitar jam 9.45 malam kelmarin.

Kejadian dipercayai berlaku ketika mangsa sedang dalam perjalanan menuju ke Arena Sukan untuk bermain futsal.

Lelaki berusia 25 tahun dari Kampung Tanjung, Petra Jaya itu kini sedang dirawat di Zon Merah, Hospital Umum Sarawak (HUS).

Dalam kes berasingan, seorang lelaki dalam usia 40an juga cedera teruk selepas diserang sekumpulan lelaki bersenjata.

Ketika kejadian, mangsa yang tinggal di Kota Samarahan sedang tidur di ruang tamu rumahnya sekitar jam 9 malam sebelum kumpulan lelaki yang tidak dikenaliny­a itu tiba-tiba masuk lalu menyerangn­ya menggunaka­n senjata tajam.

Akibatnya, mangsa cedera teruk di kaki kiri dan tangan kanan.

Difahamkan, mangsa yang dirujuk ke Zon Merah HUS kini sudah dipindahka­n ke Zon Kuning untuk rawatan lanjut.

 ??  ?? PARAH: Penunggang motosikal berkuasa tinggi cedera parah d muka setelah berlanggar dengan sebuah kereta.
PARAH: Penunggang motosikal berkuasa tinggi cedera parah d muka setelah berlanggar dengan sebuah kereta.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia