Budak mati disyaki akibat sesak nafas

Utusan Borneo (Sarawak) - - Tempatan -

Seorang kanakkanak perempuan berusia empat tahun mati, disyaki akibat sesak nafas.

Menurut sumber, ketika kejadian sekitar jam 9 malam semalam di Stutong, mangsa sedang makan buah rambutan sebelum tiba-tiba sesak nafas, kemudian batuk serta muntah darah lalu pengsan.

Anggota keluarga kemudian bergegas menghantarnya ke sebuah hospital pakar swasta di sini, di mana usaha telah dilakukan untuk menyelamatkannya namun gagal.

Kanak-kanak tersebut juga dipercayai mempunyai sejarah menghidap asma.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.