Lelaki didakwa miliki dadah berbahaya

Utusan Borneo (Sarawak) - - Tempatan -

Seorang lelaki dihadapkan ke Mahkamah Majistret atas tuduhan memiliki dadah berbahaya jenis Methamphetamine.

Johnny Ong Tiong Sing telah didakwa mengikut Seksyen 12 (2) Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952 dan dihukum di bawah Seksyen 39A (1) akta yang sama.

Mengikut kesalahan ini, tertuduh boleh dikenakan hukuman penjara tidak kurang daripada dua tahun dan tidak melebihi lima tahun serta boleh disebat tidak kurang daripada tiga kali dan tidak melebihi sembilan kali, jika sabit kesalahan.

Berdasarkan pertuduhan kes, tertuduh sebagai seorang yang bukan diberi kuasa di bawah ADB 1952, didapati ada memiliki dadah berbahaya jenis Methamphetamine dengan berat kasar 6.10 gram.

M e t h a m p h e t a m i n e merupakan satu item yang terkandung dalam Bahagian III Jadual Pertama ADB 1952.

Tertuduh didakwa melakukan kesalahan itu pada jam 10 pagi, 7 Januari lalu di sebuah bilik hotel bajet di Pusat Komersial Centre Point Fasa 1, Jalan Melayu di sini.

Terdahulu, pegawai pendakwa ASP Mary Ong memohon ditetapkan satu tarikh baharu untuk sebutan lanjut sementara menunggu laporan kimia berhubung barang kes disiapkan.

Majistret Kasyfurrahman Abang Ahmad kemudian menetapkan 15 Februari depan untuk sebutan lanjut kes.

Manakala tertuduh dibenarkan dibebas dengan jaminan RM4,000 berserta dua penjamin tempatan sementara menunggu tarikh tersebut.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.