Utusan Borneo (Sarawak)

Ugut ibu kandung, buruh kena denda

-

Seorang buruh didenda RM1,800 atau dua bulan penjara oleh Mahkamah Majistret kerana kesalahan melakukan ugutan jenayah terhadap ibu kandungnya.

Hukuman itu dijatuhkan Majistret Kasyfurrah­man Abang Ahmad setelah meneliti beberapa faktor termasuk pengakuan salah dan rayuan tertuduh, keterangan fakta kes, berat kesalahan yang dilakukan- nya serta mengambil kira kepentinga­n awam.

Petrus Isa, 31, didakwa mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan yang boleh membawa hukuman penjara hingga tujuh tahun atau denda atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.

Menurut keterangan kes, tertuduh didapati telah melakukan ugutan jenayah dengan mengacukan sebilah parang ke arah ibunya Sawan Engki.

Dia didakwa melakukan kesalahan itu pada jam 10.30 malam, 4 Januari lalu di sebuah rumah di Pujut 8 di sini.

Di hadapan mahkamah, tertuduh merayu hukuman ringan memandangk­an ini adalah kesalahan pertamanya.

Pendakwaan dilakukan ASP Mary Ong manakala tertuduh tidak diwakili peguam bela.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia