Kes kanak-kanak mati didera diklasifikasikan kes bunuh

Utusan Borneo (Sarawak) - - Tempatan -

Kematian kanak-kanak berusia sembilan bulan dipercayai didera pengasuh di Taman Permai di sini sehingga menyebabkan kecederaan kritikal diklasifikasikan sebagai kes bunuh mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Ketua Polis Daerah Sibu ACP Stanley Jonathan Ringgit berkata kes itu sebelum ini disiasat mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001 disyaki mendera kanakkanak.

“Kes kini diklasifikasikan sebagai kes bunuh dan disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan dan tahanan reman ke atas suspek disambung sehingga 17 Januari ini,” katanya kelmarin.

Selasa lalu, polis memberkas pengasuh wanita berusia 39 tahun susulan laporan polis dibuat bapa mangsa.

Siasatan awal mendapati suspek tidak mempunyai lesen untuk menjalankan pusat asuhan dan hanya membantu menjaga kanak-kanak dihantar oleh ibu bapanya pada waktu bekerja.

DIREMAN: Suspek (dua kanan) direman untuk siasatan kes.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.