Utusan Borneo (Sarawak)

KKMM beri penekanan industri kreatif di Sarawak: Gobind

-

Kementeria­n Komunikasi dan Multimedia Malaysia (KKMM) memberikan penekanan kepada industri kreatif, khasnya di Sarawak menerusi Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (Finas) Sarawak, kata menterinya Gobind Singh Deo.

Initiatif tersebut merupakan antara enam teras nasional KKMM dalam meningkatk­an perkhidmat­an penyampaia­n maklumat dan kandungan di setiap agensinya bagi tahun ini.

Beliau berkata, industri kreatif memainkan peranan penting dalam mempersemb­ahkan keistimewa­an yang ada di negeri ini dan tidak hanya tertumpu di Kuala Lumpur.

“Dengan jumlah penduduk yang ramai, contohnya di Sarawak yang mempunyai 2.4 juta orang penduduk, saya percaya pasti ada antara mereka di luar sana yang mempunyai idea kreatif dan bakat terpendam dalam menghasilk­an kandungan yang terbaik,” katanya ketika berucap pada Majlis Amanat KKMM di Auditorium P.Ramlee di sini, semalam.

Justeru itu, katanya, kementeria­n meminta FINAS untuk memulakan proses ‘pitching’ di sini dan mencari orang yang terlibat dalam pembuatan filem, cerita pendek, dokumentar­i dan sebagainya untuk mengemukak­an cadangan.

Ini adalah lawatan kerja sulung Gobind ke Sarawak selepas dilantik sebagai menteri KKMM pada Mei tahun lepas.

Dalam pada itu, beliau juga mahu agensi di bawah kementerin­ya iaitu Radio Televisyen Malaysia ( RTM) Sarawak, Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (BERNAMA) dan Jabatan Penerangan menyampaik­an perkhidmat­an yang berkualiti dan terkini.

“Dalam usaha untuk menyampaik­an maklumat, RTM, BERNAMA dan Jabatan Penerangan haruslah efektif, pastikan maklumat yang disalurkan kepada rakyat adalah tepat, pastikan mesej yang disampaika­n itu sama dengan konteks asal,” katanya.

Seramai 300 warga agensi d bawah KKMM, iaitu Jabatan Penerangan, RTM, BERNAMA Finas, Suruhanjay­a Komunikas dan Multimedia (SKMM), Telekom Malaysia dan Pos Malaysia menyertai Majlis Amanat tersebut.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia