Utusan Borneo (Sarawak)

KKMM pastikan rakyat Sarawak dapat akses Internet

-

KUCHING: Menteri Komunikasi dan Multimedia Malaysia Gobind Singh Deo mahu memastikan perkhidmat­an Internet bertaraf antarabang­sa dinikmati semua masyarakat khususnya di Sabah dan Sarawak.

Beliau berkata, walaupun terdapat cabaran seperti kedudukan geografi di Sabah dan Sarawak yang bergunungg­anang dan kawasan yang terpencil, perkara itu perlu diatasi.

“Kerajaan perlu lihat bagaimana cara kita dapat pastikan semua rakyat Malaysia mendapat akses kepada Internet.

“Kementeria­n mahu tekankan kepada Internet, yang mempunyai kualiti Internet berkelas dunia, iaitu dengan kelajuan minimum 10 Mbps dan 40 Mbps dan dalam persekitar­an yang baik,” katanya ketika ditemu bual bersama stesen radio Sarawakfm di RTM Kuching, semalam.

Beliau juga menekankan mengenai kos penggunaan Internet di mana pihaknya mahukan kadar yang tidak terlalu tinggi dikenakan kepada pengguna.

“Jika kos penggunaan Internet terlalu tinggi, ia akan mengakibat­kan sebahagian rakyat tidak mampu untuk mengguna perkhidmat­an Internet,” katanya.

Sementara itu, menurut beliau, setelah mempunyai kemudahan Internet dan infrastruk­tur yang mencukupi, kerajaan seharusnya mempunyai program- program yang mendidik rakyat supaya menggunaka­n teknologi berkenaan untuk meningkatk­an taraf kehidupan.

“Satu perkara yang saya lihat ialah kita boleh bawa kemudahan Internet ini ke kawasan luar bandar. Banyak peniaga kecil yang boleh mengguna Internet untuk pasaran yang lebih luas,” katanya.

Selain itu, beliau berkata akses Internet tidak terhad kepada perniagaan, malah bidang perbankan, pendidikan dan perubatan juga mendapat manfaat yang sama.

“Misalnya perbankan, rama yang pergi ke bank untuk memeriksa baki akaun. Tetapi jika gunakan kemudahan Internet itu, kita tidak perlu lagi ke bank sebaliknya hanya menerus perbankan secara Internet,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia