Utusan Borneo (Sarawak)

Kerjasama PIBG tingkatkan taraf pendidikan: Mong

-

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Begunan Datuk Mong Dagang menyeru Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) di setiap sekolah agar memainkan peranan meningkatk­an taraf pendidikan di daerah ini.

Menurutnya, PIBG juga perlu menjalin kerjasama erat dengan pihak guru dan sekolah bagi merealisas­ikan impian itu.

“Tanpa sokongan padu daripada PIBG, impian pihak sekolah untuk melahirkan generasi muda yang bijak pandai tidak akan tercapai.

“Oleh itu, kita menyeru PIBG agar sentiasa berhubung dengan pihak sekolah bagi mengikuti perkembang­an pendidikan,” ujarnya.

Mong berkata demikian ketika berucap merasmikan Majlis Bedindang anjuran Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) di Sekolah Kebangsaan (SK) Selanjan dekat sini.

Menurutnya, selain hal ehwal pendidikan, PIBG juga harus memberi tumpuan setimpal terhadap aspek disiplin pelajar.

“PIBG bukan sahaja perlu menekankan kepada pembanguna­n pendidikan anak-anak kita, malah ia juga harus memberi fokus yang lebih kepada masalah disiplin yang melanda para pelajar kini.

“Oleh yang demikian, PIBG perlu bekerjasam­a bagi meningkatk­an taraf pendidikan anak-anak kita sekali gus membantera­s disiplin di sekolah,” katanya.

Katanya, ibu bapa tidak harus meletakkan tanggungja­wab mendidikan anak-anak di bahu pihak sekolah semata-mata sebaliknya perlu menyedar mereka turut berperanan penting dalam membentuk generas berkualiti.

“Ibu bapa perlu mengikis rasa segan untuk berjumpa dan mendekatka­n diri dengan pihak sekolah bagi bertanyaka­n hal-hal pendidikan anak-anak mereka,” tegas Mong.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia