Utusan Borneo (Sarawak)

Harden lawat warga emas terlantar sakit

-

Menteri Muda Kesejahter­aan Komuniti Datuk Francis Harden Hollis tampil meluangkan masa melawat seorang warga emas yang terlantar sakit di Kampung Temudok Atas di sini baru-baru ini.

Pada lawatan itu, beliau turut meluluskan sumbangan kerusi roda bagi menggantik­an kerusi roda lama pesakit, Ng Ah Chang berumur 81 tahun merupakan pesara kerajaan sebagai warga pendidik.

Lawatan itu dilakukan ekoran beliau amat prihatin terhadap nasib yang menimpa warga emas terbabit.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia