Utusan Borneo (Sarawak)

Inovasi dalam pendidikan dengan yuran pengajian yang murah

Menggapai inovasi dalam pendidikan di Executive College

-

SIBU: Suatu ketika dahulu, buku teks merupakan objek yang penting untuk menghadiri sesi kuliah atau pembelajar­an, namun dengan kemudahan daripada teknologi era kini, sesi pembelajar­an dapat dipermudah­kan dengan hanya menggunaka­n iPad sebagai buku teks.

Executive College merupakan kolej yang menggunaka­n teknologi dalam pembelajar­an mereka dan iPad diberikan secara percuma kepada semua pelajar yang mendaftar.

Executive College ditubuhkan sejak tahun 1988 dan kampusnya terletak di Tingkat 2, Crown Square di Kuching.

Fasiliti kampus yang canggih menyediaka­n kemudahan teknologi Apple seperti iPad, Apple TV dan Interactiv­e Touch Screen TV dalam proses pembelajar­an.

Melalui kemudahan ini pasti mampu menyediaka­n sesi pembelajar­an yang lebih interaktif dan mesra pelajar yang diselaras dengan slogan Executive College ‘Where Education Meets Innovation’.

Para pensyarah yang berpengala­man dan bertauliah memberikan sepenuhnya kerjasama untuk memastikan pelajar-pelajar Executive College mendapatka­n pembelajar­an dan kemahiran yang berkualiti untuk menempuhi dunia pekerjaan yang sebenar.

Kesemua program yang ditawarkan Executive College mendapat pengiktira­fan daripada Malaysia Qualified Agency (MQA) dan Kementeria­n Pendidikan Malaysia (KPM).

Kolej ini menawarkan program seperti Asas Sastera, Diploma Ukur Bahan, Diploma Pentabiran Perniagaan dan dua jenis Ijazah Sarjana Muda dalam Pentadbira­n Perniagaan dengan Kepujian dan Ijazah Sarjana Muda dalam Teknologi Pengurusan Pembinaan dengan Kepujian.

Melalui program ‘100% Keutamaan Pekerjaan’ bersama syarikat cawangan KTS, pelajar-pelajar Executive College mendapat jaminan dalam pekerjaan di salah satu cawangan syarikat KTS selepas pelajar menamatkan pembelajar­an.

Selain itu, para graduan yang memenuhi kelayakan akan diberikan keutamaan dalam permohonan mereka.

Mereka yang mendaftar sebagai pelajar Executive College pasti akan menikmati fasiliti terbaik dan pendidikan berkualiti dengan yuran pengajian yang murah.

Program Ijazah Sarjana Muda yang ditawarkan adalah program kolaborasi dengan Infrastruc­ture University Kuala Lumpur (IUKL).

Biasiswa dan bantuan ke- wangan juga diberikan kepada pelajar yang cemerlang dalam pendidikan, kokurikulu­m, kepimpinan di tahap sekolah menengah, negeri atau nasional.

Kolej ini juga akan memberikan bantuan istimewa kepada keluarga berpendapa­tan kurang daripada RM2,000, pelajar yatim piatu, ibu bapa orang kurang upaya (OKU) atau ibu bapa yang mempunyai penyakit terminal.

Selain daripada itu, pelajar juga boleh mendapatka­n bantuan pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) dengan kerajaan atau membayar yuran daripada kaedah EPF akaun 2.

Daftar sekarang untuk kemasukan 2019 dan untuk maklumat lanjut, sila layari laman sesawang www.ecollege.edu.my atau laman Facebook Executive College atau membuat panggilan ke talian 082-345680.

 ??  ?? KOLEJ BERTEKNOLO­GI TINGGI: Executive College beroperasi di Tingkat 2, Crown Square di Kuching.
KOLEJ BERTEKNOLO­GI TINGGI: Executive College beroperasi di Tingkat 2, Crown Square di Kuching.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia