Jambatan hubungkan SK Nanga Ensiring dan enam rumah panjang runtuh

Utusan Borneo (Sarawak) - - Tempatan - Oleh Andy Sabang

SIBU: Penduduk merayu supaya pembinaan jambatan baharu disegerakan selepas jambatan kayu balak menghubungkan SK Nanga Ensiring dan enam rumah panjang di Pakan, Julau runtuh pada Sabtu lalu.

Pengerusi Pemansang Raban Nembiak Rebak Baru (PRNB) Pakan Julau Tedung Gunda berkata, jambatan itu merupakan laluan utama serta alternatif sebuah lagi sekolah iaitu SK Nang Ju.

Katanya, jika pembinaan jambatan baharu tidak disegerakan dikhuatiri boleh menimbulkan pelbagai masalah kepada penduduk di kawasan terbabit.

“Saya mengucapkan terima kasih kepada Ahli Parlimen Julau Larry Sng kerana difahamkan perkara itu sudah dipanjangkan kepada Kementerian Pembangunan Luar Bandar dan jambatan baharu dibina memandangkan tender projek dibuka pembidaan.

“Tetapi penduduk perlu diperjelaskan dengan terper- inci mengenai bila projek itu bermula, berapa lama masa diperlukan dan sebagainya.

“Penjelasan ini penting supaya penduduk tidak ternanti-nanti pembinaan jambatan baharu itu,” katanya di sini semalam.

Menurut Tedung, dengan adanya penjelasan, penduduk di kawasan itu dapat merancang dengan baik perjalanan aktiviti harian mereka.

Selain itu, pihak terbabit perlu membina jambatan sementara yang lebih selamat sementara menunggu jambatan baharu.

“Sementara menunggu projek pembinaan jambatan baharu bermula, pihak berkenaan perlu menyediakan jambatan sementara kepada penduduk terlibat.

“Ini kerana kita bimbang proses membina jambatan baharu itu mengambil masa sehingga terpaksa menunggu musim pilihan raya atau lebih,” ujar beliau.

Mengenai perkara sama, Tedung berkata kerajaan persekutuan dan negeri perlu bekerjasama serta memainkan peranan masing-masing.

Tedung berkata, walaupun berlakunya perbezaan antara kerajaan persekutuan dan negeri tetapi dari segi kerjasama tetap harus dilaksanakan seperti biasa.

“Kedua-dua pihak perlu bekerjasama dalam semua aspek melibatkan rakyat Sarawak dengan kerajaan persekutuan.

“Ini kerana peranan kerajaan persekutuan adalah membekalkan pembangunan yang patut dibawa ke Sarawak dan harus diteruskan seperti biasa,” katanya.

SERTAI KAMI: Peter Kallang (enam kanan) melancarkan poster persidangan Clean Energy Collaboration pada 15 dan 16 Mac depan di Kuching.

TEDUNG

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.