310 murid tiga sekolah rendah terima bantuan peralatan sekolah

Utusan Borneo (Sarawak) - - Tempatan -

Seramai 310 murid dari tiga sekolah rendah di Padawan menerima bantuan peralatan sekolah sempena program ‘Back to School’ anjuran Yayasan Persatuan Pengimport dan Peniaga Kenderaan Melayu Malaysia (PEKEMA) Cawangan Sarawak di sini semalam.

Majlis penyerahan bantuan sekolah berupa beg sekolah, peralatan tulis serta wang tunai itu disempurnakan Presidennya Tan Sri Abang Khalid Abang Marzuki di Dewan SK Telaga Air dekat sini.

Pada majlis itu, beliau turut menyerahkan sumbangan kepada tiga sekolah iaitu SK Telaga Air (RM5,000), SK Sungai Aur (RM1,500) dan SK Sibu Laut (RM2,500) serta Persatuan Kuntau Telaga Air RM1,500.

“Saya selaku wakil Yayasan PEKEMA Sarawak amat berbesar hati dan ingin mengambil kesempatan ini untuk merakamkan ucapan jutaan terima kasih kepada pihak pengurusan ketiga-tiga sekolah yang hadir pada hari ini kerana sudi bekerjasama dengan pihak kami bagi penganjuran majlis kita pada hari ini.

“Ucapan penghargaan dan terima kasih ini juga saya tujukan kepada semua yang hadir dan memberi sokongan kepada program tanggungjawab sosial korporat (CSR) anjuran Yayasan PEKEMA Sarawak ini,” katanya pada majlis itu.

Abang Khalid menjelaskan, program itu merupakan program tahunan anjuran Yayasan PEKEMA Sarawak dan tidak hanya menyumbang di peringkat sekolah yang berada di bandar raya Kuching sahaja tetapi turut menghulurkan bantuan di sekolah-sekolah yang terletak di pinggir bandar dan luar bandar.

“Ini juga termasuk sekolahsekolah yang mempunyai bilangan murid yang kurang, iaitu di bawah kategori Sekolah Kurang Murid (SKM).

“Inisiatif ini dirasakan bertepatan sekali dengan objektif CSR Yayasan PEKEMA Sarawak iaitu ingin mendekati dan membantu anak- anak orang kurang berkemampuan, anak orang kurang upaya dan sebagainya, dalam usaha un- tuk kita meningkatkan serta mencambahkan lagi minat anak-anak ini untuk turun ke sekolah,” tambahnya.

Menurutnya, nilai yang disumbangkan mungkin sedikit sahaja, tetapi apa yang diharapkan, ia akan membuahkan hasil dan seterusnya melahirkan anak-anak yang cemerlang dalam akademik dan menjad pemangkin harapan nusa dan bangsa pada masa akan datang.

“Ingin saya berkongsi di sini Yayasan PEKEMA Sarawak telah menyampaikan sumbangan bukan sahaja dalam aspek bantuan persekolahan tetapi turut menjadi golongan penerima adalah antaranya bantuan kecemasan bencana alam,” katanya.

BANTU: Abang Khalid (tengah) ditemani tetamu kehormat lain merakam kenangan bersama murid yang menerima bantuan sekolah.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.