Cinta Chan dan Chai sehingga ke hujung nyawa

Pasangan warga emas Chan Teck Kong, Peggy Chai yang juga pesakit kanser berkahwin di HUS Jumaat lalu

Utusan Borneo (Sarawak) - - Tempatan - Oleh Patricia Gari

KUCHING:”Saya akan jaga dia hingga ke akhir hayatnya... cinta saya kepadanya amat mendalam, tiada kata-kata untuk menyatakannya.” Demikian luahan Chan Teck Kong, 80, suami Peggy Chai, 76, seorang pesakit kanser.

Chan yang ditemui semalam berkata, tidak pernah terlintas di fikirannya untuk memperisterikan Chai, lebihlebih lagi pada hujung usia mereka.

Bagaimanapun, semuanya menjadi kenyataan hasil usaha doktor, jururawat dan petugas Hospital Umum Sarawak, kini Chan dan Chai bergelar suami isteri.

“Berkahwin dengan saya adalah hasrat terakhir Chai dan kerana terlalu sayangkan dia, saya bersetuju. Semua ini menjadi kenyataan hasil usaha pihak hospital (Hospital Umum Sarawak) khasnya wad kanser.

“Beberapa hari sebelum kami berkahwin Jumaat lepas (11 Januari 2019), Chai begitu bersemangat dan memaklumkan kepada Father Wong, yang selalu melawat dan berdoa untuk pesakit di sini (HUS), dia mahu berkahwin dengan saya, sedangkan harihari sebelumnya dia sangat lemah.

“Ketika itu saya keluar membeli barang keperluan dan sebaik saya sampai Father Wong menyatakan hasrat Peggy dan saya terus bersetuju mengahwininya.

“Semua majlis dan makanan disediakan pihak hospital, saya dan Peggy amat gembira dan tersentuh dengan kemurahan hati semua doktor, jururawat dan petugas hospital,” katanya.

Chan memberitahu bahawa mereka berkenalan 30 tahun lalu ketika itu Chai merupakan anak didiknya di akademi tarian miliknya pada usia 43 tahun dan mereka sering bergandingan setiap kali membuat persembahan di majlis-majlis tertentu.

“Persahabatan kami bermula di akademi tarian milik saya, Peggy adalah murid saya, dia begitu berminat dan berbakat. Hubungan kami semakin rapat apabila dia kehilangan suami tersayang.

“Pada September 2015 saya bersara dan tidak lagi mengusahakan akademi tarian kerana mahu menjaga Peggy sepenuhnya selepas dia disahkan menghidap kanser ovari tahap empat,” katanya dengan nada sayu.

Bermula dari detik itu katanya, beliau menjaga Chai di rumah dan di Wad Paliatif HUS selepas dimasukkan ke wad berkenaan sejak dua setengah bulan lalu.

“Dia sendiri mahu tinggal di sini, kerana katanya doktor dan jururawat di sini sangat baik serta menjaganya dengan baik sekali. Dia amat tersentuh dengan layanan semua orang di sini,” kata Chan.

Chan tidak pernah berkahwin manakala Chai dikurniakan empat cahaya mata hasil perkahwinan pertamanya.

Kisah Chan dan Chai mendapat perhatian umum selepas majlis perkahwinan mereka menjadi viral dalam media sosial Facebook.

Rara- rata pengguna Facebook dalam komen mereka mengucapkan tahniah

Berkahwin dengan saya adalah hasrat terakhir Chai dan kerana terlalu sayangkan dia, saya bersetuju. Semua ini menjadi kenyataan hasil usaha pihak hospital (Hospital Umum Sarawak) khasnya wad kanser.

Chan Teck Kong

kepada pasangan tersebut dan mendoakan kebahagiaan pasangan itu.

Tidak kurang yang memuji usaha pihak HUS yang membenarkan majlis seumpama itu berlangsung buat julung kalinya.

DISATUKAN: Pasangan Chan dan Chan pada majlis perkahwinan mereka di Hospital Umum Sarawak Jumaat lalu.

CINTA SEJATI: Chan menunjukkan gambarnya bersama Chai ketika mereka masih muda yang masih disimpan dalam telefon bimbitnya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.