Wujudkan zon merokok apabila larangan merokok berkuat kuasa di Sarawak

Utusan Borneo (Sarawak) - - Tempatan -

Persatuan Pemilik Kedai Kopi dan Restoran Kuching (KCSROA) mahu zon merokok diwujudkan apabila larangan merokok di semua kedai makan berkuat kuasa di Sarawak pada 24 Januari ini.

Pengerusinya Teo Giat Liew berkata, kawasan merokok perlu diwujudkan jika pihak berkuasa tidak mahu melihat puntung rokok dibuang merata-rata tempat.

“Tidak dinyatakan sama ada perokok akan membuang puntung rokok mereka dengan betul apabila mereka dibenarkan merokok dalam jarak dibenarkan dari keda makan.

“Kita mungkin melihat puntung rokok di manamana sahaja melainkan pihak berkuasa dan pemilik keda makan boleh menyediakan banyak tong sampah di banyak tempat,” katanya ketika dihubungi semalam.

Beliau mempersoalkan adakah kawal selia akan menjadi lebih mudah jika pihak berkuasa menyediakan kawasan merokok.

Katanya lagi, sebaik larangan itu berkuat kuasa nanti, operator kedai kop dan restoran tidak akan memainkan peranan sebaga pegawai penguat kuasa.

Dalam pada itu beliau memberitahu, operator kedai kopi dan restoran d sini bersedia melaksanakan larangan merokok di semua kedai makan yang sudah pun berkuat kuasa di Semenanjung Malaysia 1 Januari lalu.

“Saya mendapati beberapa kedai makan di bandar raya in (Kuching) sudah melekatkan tanda ‘Dilarang Merokok seperti dituntut di bawah peraturan baharu ini.

“Kerajaan pusat mahu ia dikuat kuasa dari 21 Januar dan enam bulan tempoh amaran kepada perokok.

“Kabinet negeri memutuskan 24 Januari ini larangan itu dikuatkuasakan. Kam sudah bersedia,” ujarnya.

TEO GIAT LIEW

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.