Utusan Borneo (Sarawak)

MPP beri pengkelasa­n Gred A dan B kepada kontraktor­nya

-

K U C H I N G : M a j l i s Perbandara­n Padawan (MPP) memberi pengkelasa­n Gred A dan B kepada kontraktor yang membangunk­an pelbagai projek berkaitan pihaknya.

Menurut Pengerusi MPP Lo Khere Chiang, pihaknya membuat penilaian dan prestasi bagi gred tersebut menerusi pemilihan dan penelitian yang dijalankan selama lima tahun dalam pelbagai tender yang diberikan kepada pihak kontraktor.

“Seramai 73 warga kontraktor gred A dan B yang telah kita pilih akan menandatan­gani Kontrak Tahunandan­DeklarasiS­umpah bagi menjalanka­n lebih banyak projek yang akan dibangunka­n di bawah MPP,” katanya ketika mengadakan sidang media Amanat Pengerusi Untuk Kontraktor di Dewan Majlis MPP di sini semalam.

Lo yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Batu Kitang menambah, perjanjian tersebut adalah perjanjian di antara pihak kontraktor dengan MPP untuk tidak memberi subkontrak kepada kontraktor luar demi menjaga nama baik dan imej MPP.

Perkara ini tidak berupaya dicapai sekiranya MPP tidak mempunyai kakitangan yang kuat berusaha, berdedikas­i serta berhemah tinggi selain warga kontraktor yang berasa bersemanga­t dan bertanggun­gjawab dalam melaksanak­an projek yang diberikan kepada mereka.

Tahun lepas katanya, sebanyak 270 projek telah diberikan MPP kepada kontraktor berkaitan yang menelan belanja kurang daripada RM20 juta bagi tiga bahagian iaitu Bahagian Kejurutera­an, Bahagian Landskap dan Bahagian Kesihatan Awam MPP.

“Kontraktor menjaga imej dan reputasi MPP yang bagus. Sebelum ini kami pernah mengalami masalah di mana kontraktor utama memberi subkontrak kepada syarikat-syarikat lain dan ia menimbulka­n banyak masalah tetapi hari ini tidak wujud lagi permasalah­an sedemikian.

“Kami bangga dengan para kontraktor hari ini dan penghormat­an buat mereka yang juga merupakan ahli keluarga kami kerana dapat dipercayai jika mendapat kerja di luar kawasan MPP.

“Harapan saya adalah untuk melihat semua kontraktor yang mendapat gred A bekerja bagi membangunk­an projek untuk MPP pada masa mendatang,” tegasnya.

Sebagai pengerusi MPP, ujar Lo walaupun tidak mendapat duit tetapi mendapat kredit hasil kerja mereka sudah memadai dan berharap ia akan diteruskan.

MPP mempunyai kawasan berkeluasa­n 980km persegi dengan 23 kakitangan penguatkua­saan berseragam, empat jurutera, tiga pembantu teknikal dan seorang arkitek tetapi mengutip cukai taksiran yang hampir sama dengan pihak majlis di Kuching Utara dan Kuching Selatan.

Dalam kawasan Padawan kita mempunyai hampir 360,000 populasi dengan 60,000 hartanah dengan keluasan hampir mencapai tiga kali negara Singapura.

Turut hadir Timbalan Setiausaha Perbandara­n MPP, Kua Jak Loi dan Pengerusi Jawatankua­sa Kawalan Bangunan dan Landskap MPP Ahli Majlis Rabian Kipli.

 ??  ?? UNTUK ALBUM: Warga kontraktor yang menjalanka­n projek MPP bergambar kenangan bersama Lo (tengah, baris kedua) di Dewan Majlis MPP semalam.
UNTUK ALBUM: Warga kontraktor yang menjalanka­n projek MPP bergambar kenangan bersama Lo (tengah, baris kedua) di Dewan Majlis MPP semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia