Utusan Borneo (Sarawak)

PVAS ditubuh bagi membantu JHEV jaga kebajikan ahli

-

Persatuan Vetetan Armor Sarawak (PVAS) telah ditubuhkan bagi membantu pihak JHEV menjaga kebajikan ahlinya.

Menurut Ketua Penerangan PVAS Jossem Daweg, sejak ditubuhkan pada 4 Mac 2018, persatuan tersebut telah didaftarka­n dengan Jabatan Hal Ehwal Veteran ATM pada 15 Oktober 2018.

“Kami mempunyai seramai 215 ahli berbagai pangkat telah berdaftar sehingga kini,” katanya.

Pihak PVAS akan mengadakan mesyuarat agung tahunan pertama 6 Februari depan.

Sesi pendaftara­n kehadiran ahli akan bermula seawal jam 8 pagi dan AGM akan dirasmikan Pengarah JHEV ATM Negeri Sarawak Leftenan Kolonel Dunging Serit jam 10.30 pagi.

Sesi pemilihan AJK bagi penggal 2019/ 2021 akan bermula sejurus tamat perasmian, ujarnya.

Jossem berharap semua veteran Armor yang menetap di Sarawak turut hadir sama semasa AGM itu nanti.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia