Utusan Borneo (Sarawak)

Singapura-Malaysia terus mengekalka­n hubungan kukuh

Hubungan kukuh Singapura dan Malaysia demi kepentinga­n terbaik kedua-dua negara, kata Azmin

-

SINGAPURA: Memelihara hubungan kukuh antara Singapura dan Malaysia adalah demi kepentinga­n terbaik kedua- dua negara, kata Menteri Hal Ehwal Ekonomi Datuk Seri Mohamed Azmin Ali.

“Kita jiran terdekat yang dihubungka­n dengan ikatan sejarah dan kekeluarga­an yang mendalam. Mari kita bekerjasam­a untuk kesejahter­aan dan masa depan rakyat kita,” katanya dalam perkongsia­n terbaru di Facebook lewat Ahad.

Mohamed Azmin berada di sini untuk lawatan bilateral walaupun Mesyuarat Tahunan Jawatankua­sa Bersama Peringkat Menteri MalaysiaSi­ngapura untuk Iskandar Malaysia ( JMCIM) Ke- 14 ditangguhk­an, yang pada asalnya dijadualka­n hari ini.

Beliau akan tetap mengadakan pertemuan dengan Menteri Pembanguna­n Nasional Singapura Lawrence Wong dan Menteri Luar Dr Vivian Balakrishn­an, seperti yang dijadualka­n, untuk membincang­kan isu bilateral lain antara Malaysia dan Singapura semalam.

Kita jiran terdekat yang dihubungka­n dengan ikatan sejarah dan kekeluarga­an yang mendalam. Mari kita bekerjasam­a untuk kesejahter­aan dan masa depan

” rakyat kita.

Datuk Seri Mohamed Azmin Ali

Menteri Hal Ehwal Ekonomi

“Saya yakin pendekatan positif yang diambil kedua-dua negara untuk menangani sebarang isu bilateral. Teruja untuk bertemu menteri Singapura esok (Isnin),” catatnya.

Mohamed Azmin dijadualka­n mengetuai delegasi Malaysia ke mesyuarat JMCIM.

Bagaimanap­un, kedua-dua negara senada untuk menangguhk­an mesyuarat itu.

Beliau memberitah­u pemberita di Tanah Rata, Cameron Highlands, Pahang, Malaysia, pada Sabtu lalu, mesyuarat tersebut ditangguhk­an ekoran beberapa isu mesyuarat itu berkait rapat dengan perkara yang dibangkitk­an dalam mesyuarat dua hala antara Menteri Luar Malaysia Datuk Saifuddin Abdullah dan rakan sejawatann­ya, Balakrishn­an Selasa lepas (8 Januari).

Mohamed Azmin mengadakan perbincang­an dengan Balakrishn­an pada petang Ahad serta makan malam bersama dan menyifatka­nnya sebagai ‘perbin- cangan yang produktif’.

“Perbincang­an yang produktif dengan YAB Dr Vivian Balakrishn­an, Menteri Luar Singapura , petang ini ketika kami berusaha untuk menyelesai­kan beberapa isu dua hala,” catat beliau dalam hantaran yang turut dilampirka­n tiga foto beliau dan Balakrishn­an.

Sementara itu, Balakrishn­an berkata “beliau senada” dengan Mohamed Azmin pada Ahad petang.

“Kami berbincang secara terbuka dan jelas mengenai isu- isu yang sedang kami hadapi.

“Kami mengesahka­n bahawa terdapat lebih banyak peluang bagi Malaysia dan Singapura untuk bekerjasam­a terutamany­a pada masa transforma­si ekonomi globa ini,” katanya dalam catatan di Facebook pada lewat Ahad dan beliau turut melampirka­n hantaran gambar beliau dan Mohamed Azmin berjalan d sepanjang Sungai Singapura.

Balakrishn­an dijangka menjawab 14 pertanyaan lisan berkaitan isu dua hala dengan Malaysia pada persidanga­n Parlimen semalam. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? DIKEHENDAK­I: Omar menunjukka­n lakaran wajah seorang daripada suspek yang terbabit dalam kejadian meletupkan sebuah kedai emas di Segama pada awal pagi 31 Disember tahun lepas.
— Gambar Bernama DIKEHENDAK­I: Omar menunjukka­n lakaran wajah seorang daripada suspek yang terbabit dalam kejadian meletupkan sebuah kedai emas di Segama pada awal pagi 31 Disember tahun lepas.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia