Utusan Borneo (Sarawak)

Malaysia faham alasan Singapura tangguh JMCIM

-

Malaysia memahami alasan yang diberikan Singapura untuk menangguhk­an Mesyuarat Jawankuasa Bersama Menteri Bagi Iskandar Malaysia (JMCIM), kata Menteri Luar Datuk Saifuddin Abdullah.

“Kami memahami sebab (penangguha­n) itu,” katanya tanpa mengulas lanjut.

Saifuddin berkata demikian kepada pemberita berhubung penangguha­n JMCIM itu selepas mengumumka­n Eric Paulsen sebagai wakil Malaysia yang baharu ke Suruhanjay­a Antara Kerajaan ASEAN Mengenai Hak Asasi Manusia (AICHR) bagi penggal 2019-2021 di Wisma Putra di sini semalam.

JMCIM itu sepatutnya berlangsun­g hari ini namun dilaporkan Singapura menerusi nota diplomatik bertarikh 11 Jan mahu mesyuarat itu ditangguhk­an kerana Menteri Besar Johor Datuk Osman Sapian didakwa menceroboh perairan Singapura pada 9 Jan semasa lawatan ke pelabuhan Johor Bahru.

Osman bagaimanap­un menegaskan bahawa beliau tidak menceroboh ke perairan Singapura dan apa yang beliau lakukan hanyalah untuk melihat pasukan keselamata­n Malaysia melaksanak­an tugas mereka.

Saifuddin berkata tarikh baharu JMCIM akan ditetapkan kemudian.

Katanya beliau juga akan bertemu Osman susulan penangguha­n JMCIM itu.

Apa yang penting, katanya Menteri Hal Ehwal Ekonomi Datuk Seri Mohamed Azmin Ali tetap menemui rakan sejawatann­ya dari Singapura, Lawrence Wong dan Menteri Luar Singapura Dr Vivian Balakrisha­n hari ini untuk membincang­kan isu hubungan dua hala yang lain dari JMCIM.

“Ada banyak isu antara Malaysia dan Singapura. Kami memikirkan masa hadapan,” kata Saifuddin. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia