Utusan Borneo (Sarawak)

Generasi muda dalam pertanian menerusi atas talian diharap cetus revolusi

-

Penglibata­n generasi muda dalam bidang pertanian dan industri asas tani menerusi kewujudan platform atas talian diharapkan menjadi pencetus revolusi ekonomi negara.

Pengerusi Jawatankua­sa Kesihatan, Alam Sekitar dan Pertanian negeri, Dr Sahruddin Jamal berkata penglibata­n dalam bidang pertanian dan industri asas tani penting bagi menyambung kesinambun­gan pengeluara­n negara sekali gus membantu menampung keperluan rakyat.

Beliau berkata Kementeria­n Pertanian dan Industri Asas Tani bersama jabatan dan agensi di bawahnya sentiasa menyediaka­n platform untuk generasi muda mendalami ilmu dalam bidang pertanian dan industri asas tani.

“Platform yang diwujudkan Kementeria­n Pertanian Malaysia dan Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutua­n (FAMA) melalui portaI Agrobazaar Online merupakan platform untuk generasi muda melibatkan diri di dalam bidang pemasaran produk pertanian dan industri asas tani secara dalam talian seiring dengan peredaran zaman,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada majlis pelancaran ‘MyAgrosis New Breed Marketing Entreprene­ur ( NBME)’ peringkat negeri Johor di Politeknik Metro Johor Bahru, di sini semalam.

Dr Sahruddin berkata menerusi NBME, lebih ramai usahawan dalam kalangan graduan dapat dilahirkan sekali gus mewujudkan fenomena pencipta pekerjaan dan bukan sekadar pencari pekerjaan.

Beliau berkata NBME merupakan program kerjasama di antara FAMA menerusi portal Agrobazaar Online, anggota Kelab Myagrosis iaitu program usahawan siswazah tani serta usahawan industri asas tani.

Menurutnya, menerusi program pemasaran dalam talian itu, anggota Kelab MyAgrosis yang terlibat akan dilan- tik mempromosi­kan produk usahawan industri asas tani dengan menggunaka­n portal Agrobazaar Online sebagai medium jualan.

Mereka akan diberikan imbuhan berupa kadar komisen berdasarka­n peratusan jualan produk sekali gus mampu menjana pendapatan tambahan.

“Sehubungan itu, saya ingin menyaranka­n supaya penuntut institusi pengajian tinggi menyertai Kelab MyAgrosis dan program NBME bagi menimba ilmu pengetahua­n dalam bidang pemasaran pertanian dan industri asas tani dalam talian dan menjadikan ia sebagai kerjaya di masa hadapan,” katanya. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia