Utusan Borneo (Sarawak)

Adik mengaku salah lakukan sumbang mahram dengan kakak

-

Seorang budak lelaki 14 tahun semalam mengaku bersalah di Mahkamah Majistret di sini atas pertuduhan melakukan sumbang mahram dengan kakak kandungnya sejak dua tahun lepas.

Dia membuat pengakuan itu itu selepas pertuduhan dibacakan kepadanya oleh jurubahasa mahkamah di hadapan Majistret Nur Faizah Muhamad Saleh.

Tertuduh didakwa melakukan persetubuh­an dengan kakak kandungnya berumur 16 tahun di rumah mereka pada Disember 2017 hingga Mei 2018.

Dia didakwa mengikut Seksyen 376B (1) Kanun Keseksaan yang boleh dipenjara maksimum 30 tahun dan sebatan.

Mahkamah menetapkan tertuduh diikat jamin RM3,000 dengan seorang penjamin dan sebutan semula kes ditetapkan pada 20 Februari ini untuk menunggu laporan akhlak daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat.

Kes dikendalik­an oleh Timbalan Pendakwa Raya Siti Norashikin Hassanor manakala tertuduh tidak diwakili peguam. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia