Utusan Borneo (Sarawak)

Kes kuil: Dua lagi didakwa halang penjawat awam, merusuh dan khianat

-

Seorang pemandu lori didakwa di Mahkamah Majistret di sini, semalam atas dua pertuduhan menghalang penjawat awam dan melakukan rusuhan di Kuil Sri Maha Mariamman, Subang Jaya, Selangor, bulan lalu.

M. Chandran, 32, bagaimanap­un mengaku tidak bersalah atas kedua-dua pertuduhan itu yang dibacakan di hadapan Majistret Nurshahira­h Abdul Salim.

Dia bersama- sama dua orang yang telah dituduh dan beberapa lagi yang masih bebas, didakwa telah menghalang penjawat awam iaitu Pegawai Kanan Polis Insp Mohd Nazmi Zulkafli, Sjn Mohamad Faiz Abdul Rahim dan Kpl Ahmad Zamran Mat daripada menjalanka­n tugastugas dan fungsi jawatan mereka.

Bagi pertuduhan kedua, lelaki itu didakwa bersamasam­a 50 orang yang telah dituduh dan beberapa lagi yang masih bebas, sebagai satu ahli kumpulan yang menyalahi undang-undang di mana tujuan bersama adalah untuk menghalang laluan kenderaan kereta peronda polis untuk keluar dari kawasan kuil tersebut dengan menggunaka­n kekerasan.

Kesemua kesalahan itu didakwa dilakukan di laluan hadapan kuil tersebut di USJ 25, Subang Jaya pada jam 1.30 petang, 26 Nov tahun lalu mengikut Seksyen 186 dan 147 Kanun Keseksaan yang masing-masing membawa hukuman penjara maksimum dua tahun atau denda yang boleh sampa RM10,000 serta penjara maksimum dengan tempoh sama atau denda, atau kedua- duanya, jika sabit kesalahan.

Sementara itu, di hadapan Majistret Mohamad Ikhwan Mohd Nasir, seorang penganggur turut mengaku tidak bersalah atas pertuduhan melakukan khianat dengan merosakkan sebuah kenderaan di kuil sama, pada jam 4.30 pagi, 25 Nov tahun lalu.

A. Janagan, 33, bersama beberapa orang lagi yang masih bebas didakwa merosakkan kenderaan pacuan empat roda, Nissan Navara dengan nombor pendaftara­n WVS 3776 milik syarikat Modular Constructi­on Technician.

Pertuduhan mengikut Seksyen 427 Kanun Keseksaan yang memperuntu­kkan hukuman penjara minimum satu tahun atau denda atau kedua- duanya, jika sabit kesalahan. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia