Pegawai daerah direman bantu siasatan tuntutan palsu

Utusan Borneo (Sarawak) - - Nasional -

KUALA TERENGGANU: Seorang pegawai daerah direman enam hari bagi membantu siasatan berhubung pengeluaran peruntukan bantuan am berjumlah RM500,000.

Perintah reman tersebut dikeluarkan Penolong Pendaftar Mahkamah Majistret/Sesyen Kuala Terengganu, Raszita Mad Saad bermula semalam sehingga Sabtu.

Suspek berusia 59 tahun itu ditahan di pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di sini, jam 5 petang kelmarindandisiasatmengikut Seksyen 18 Akta SPRM 2009, yang membawa hukuman penjara sehingga 20 tahun dan denda tidak kurang lima kali ganda daripada nilai tuntutan atau RM10,000, mengikut mana lebih tinggi.

Pegawai terbabit disiasat berikutan aduan telah mengeluarkan dua keping cek masing-masing berjumlah RM300,000 dan RM200,000 atas nama sebuah badan bukan kerajaan (NGO) berkaitan belia pada Mei 2018.

Permohonan tuntutan itu dikatakan digunakan untuk 32 program yang dijalankan di sekitar Dewan Undangan Negeri (DUN) Permaisuri, sedangkan ia tidak dilaksanakan. — Bernama

— Gambar Bernama

DIREMAN: Seorang pegawai daerah (tengah) ditahan reman selama enam hari sehingga Sabtu ini bagi membantu siasatan berhubung kes mengeluarkan peruntukan berjumlah RM500,000 untuk 32 program tidak dilaksanakan pada tahun lalu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.