Pembantu tadbir kanan jabatan kerajaan direman enam hari bantu siasatan 94 tuntutan palsu

Utusan Borneo (Sarawak) - - Nasional -

Seorang pembantu tadbir kanan sebuah jabatan kerajaan direman enam hari bermula semalam hingga Sabtu ( 19 Januari) ini bagi membantu siasatan berhubung 94 tuntutan palsu bernilai lebih RM148,000.

Perintah reman itu dikeluarkan Pendaftar Mahkamah Majistret, Nor Faizah Abdullah selepas membenarkan permohonan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia ( SPRM) Kelantan untuk menyiasat kes berkenaan.

Suspek sebelum itu ditahan pada jam 1.50 tengah hari se- malam selepas hadir memberi keterangan di Pejabat SPRM Kelantan di sini.

Pengarah SPRM Kelantan, Ramli Ismail sebelum ini dilaporkan sebagai berkata berdasarkan maklumat dan siasatan awal, suspek didapati membuat 69 tuntutan palsu bagi rawatan perubatan untuk diri, suami dan ayahnya.

Ramli dipetik sebagai berkata kesemua tuntutan dianggarkan bernilai lebih RM117,000 namun rawatan itu tidak pernah dilakukan. Suspek juga membuat 25 lagi tuntutan palsu bagi pembel- ian ubat dan satu tuntutan palsu bagi pembelian alatan ortopedik yang dianggarkan bernilai lebih RM31,000, sedangkan pembelian itu tidak pernah dibuat. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.