Polis rampas syabu RM28.47 juta dibawa dengan lori kontena

Diseludup ke pasaran antarabangsa, polis sedang kenal pasti dalang

Utusan Borneo (Sarawak) - - Nasional -

KUALA LUMPUR: Polis mematahkan cubaan menyeludup syabu bernilai RM28.47 juta yang diangkut menggunakan sebuah lori kontena dan menahan tiga lelaki di Perak dalam tempoh tiga jam bermula jam 4 petang pada Sabtu.

Ketua Polis Negara Tan Sri Mohamad Fuzi Harun berkata lori kontena yang dipandu seorang lelaki berusia 40 tahun itu ditahan di Hentian Rehat dan Rawat (R&R) Taiping ketika dalam perjalanan ke Pelabuhan Pulau Pinang.

Lori kontena yang dipercayai dari Lembah Klang itu ditahan semasa berhenti di R&R berkenaan oleh anggota polis dan dibantu peronda lebuh raya Expressway Mo- bile Patrol Vehicle (EMPV) selepas didapati dipandu dalam keadaan mencurigakan, katanya pada sidang media berkenaan rampasan itu, di Bukit Aman semalam.

Beliau berkata pemeriksaan ke atas lori kontena itu menemukan 569.5 kilogram dadah dipercayai syabu.

“Saya ucapkan tahniah kepada anggota polis yang bertugas dan EMPV kerana melihat lori kontena yang dipandu dalam keadaan mencurigakan,” katanya.

Beliau berkata hasil risikan Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik, polis melakukan serbuan di sebuah premis di Ipoh dan menahan seorang lelaki warga tempatan berusia 49 tahun yang dipercayai mempunyai kaitan dengan

Saya ucapkan tahniah kepada anggota polis yang bertugas dan EMPV kerana melihat lori kontena yang dipandu dalam

mencurigakan. ” keadaan

Tan Sri Mohamad Fuzi Harun

Ketua Polis Negara

kes itu.

“Satu lagi tangkapan pada hari berkenaan melibatkan lelaki warga tempatan berumur 39 tahun di Plaza Tol Bidor,” katanya.

Kesemua yang ditahan negatif dadah dan polis turut merampas dua buah kenderaan jenis Toyota Hilux serta lori Isuzu yang dianggarkan bernilai RM122,000.

Menurutnya polis percaya syabu tersebut adalah untuk diseludup ke pasaran antarabangsa dan pihaknya sedang mengenal pasti dalang sindiket.

Kesemua suspek direman tujuh hari sehingga Sabtu depan bagi membantu siasatan menurut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952. — Bernama

— Gambar Bernama

DIREMAN: Enam pegawai kanan Pengurusan Air Pahang Berhad (PAIP) termasuk seorang pegawai pengurusan tertinggi bersama enam kontraktor dibawa ke Mahkamah Kuantan untuk mendapatkan perintah tahanan reman di Kuantan, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.