Utusan Borneo (Sarawak)

Kastam rampas rokok seludup RM7.25 juta di Pelabuhan Klang

-

Jabatan Kastam Diraja Malaysia merampas 9.7 juta batang rokok seludup dengan nilai termasuk cukai berjumlah kira-kira RM7.25 juta dalam operasi di Lapangan Pemeriksaa­n Kontena Penguatkua­sa di sini pada 4 Jan lepas.

Ketua Pengarah Kastam Datuk Seri T. Subromania­m berkata turut ditahan dalam operasi tersebut ialah seorang lelaki berusia 35 tahun yang merupakan ejen penghantar­an.

“Dalam operasi kira-kira pukul 12.45 tengah hari, kita telah memeriksa sebuah kontena dan hasil pemeriksaa­n, kita telah menemukan rokok putih yang diseludup masuk ke negara ini berjenama John D-Blend dan Canyon.

“Kuantiti rokok yang dirampas ialah 9.7 juta batang melibatkan nilai dianggarka­n RM776,000,” katanya dalam sidang media di sini semalam yang turut dihadiri Penolong Ketua Pengarah Kastam (Penguatkua­saan) Datuk Azimah Abd Hamid.

Subromania­m berkata kontena yang bermuatan rokok putih itu telah membuat pengikrara­n palsu pada borang Kastam dengan mengikrar barang berkenaan sebagai sarung tangan, aksesori telefon dan peralatan memasak.

Beliau berkata pengikrara­n palsu itu dibuat bagi mengaburi mata pihak berkuasa supaya kontena tersebut tidak ditahan berikutan rokok tersebut belum lulus Kastam.

Susulan itu, ejen penghantar­an tersebut ditahan untuk siasatan di bawah Seksyen 135(1)(v)(aa) Akta Kastam 1967 dan juga Seksyen 74(1)(c)(iv)(A) Akta Eksais 1967.

Sementara itu dalam kes berasingan, Subromania­m berkata seorang warga India dan tiga warga Pakistan berumur lingkungan 21 hingga 36 tahun ditahan di sebuah premis di Meru, Klang pada 2 Jan lepas kerana terlibat dalam penyeludup­an ‘chewing tobacco’.

“Dalam serbuan kira-kira pukul 4 petang, kita menemu ‘chewing tobacco’ pelbaga jenis dengan nilai rampasan berjumlah RM387,355 serta membabitka­n cukai bernila RM435,845,” kata beliau.

“Turut dirampas sebuah mesin yang dipercayai digunakan untuk membungkus ‘chewing tobacco’ sebelum ia dijual untuk pasaran tempatan,” katanya. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia