Utusan Borneo (Sarawak)

Rampasan dadah tahun lepas terbesar sejak penubuhan JSJN

-

Sejumlah 164,914 orang yang disyaki terlibat dalam sindiket pengedaran dadah ditahan sepanjang tahun lepas dengan nilai dadah yang dirampas dianggar RM394.23 juta, kata Ketua Polis Negara Tan Sri Mohamad Fuzi Harun.

Beliau berkata tahanan dan nilai rampasan dadah sepanjang tahun lepas itu adalah yang terbesar sejak penubuhan Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) 22 tahun lepas.

”Sejumlah 155,316 orang yang ditahan itu adalah rakyat tempatan manakala 9,598 warga asing dan daripada jumlah itu 76,850 orang positif dadah.

“Melalui risikan dan siasatan polis khususnya JSJN berjaya melumpuhka­n banyak sindiket yang terlibat dalam penyeludup­an dan pengedaran dadah dalam negara serta sindiket yang menjadikan negara ini sebagai transit,” katanya pada sidang akhbar di Bukit Aman, di sini semalam.

Mohamad Fuzi berkata dadah- dadah yang dirampas sepanjang tahun lepas ialah dadah sintetik iaitu syabu seberat 4,587.19 kilogram ( kg); ketamin ( 217.13kg) pil Erimin 5 ( 909.20kg) pil yaba ( 226.11kg); dan pil ekstasi ( 143.66kg) manakala dadah tradisiona yang dirampas ialah ganja ( 1,880.82kg) dan heroin ( 731.49kg).

Beliau berkata dalam tempoh itu, polis turut menyita pelbagai jenis harta bernila kira-kira RM90.1 juta manakala nilai harta sindiket dadah yang dilucutkan dianggar RM20.65 juta. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? HASIL RAMPASAN: Mohamad Fuzi (tiga kanan) menunjukka­n barang rampasan pelbagai jenis dadah ketika sidang media di Ibu Pejabat Polis Bukit Aman dekat Kuala Lumpur, semalam.
— Gambar Bernama HASIL RAMPASAN: Mohamad Fuzi (tiga kanan) menunjukka­n barang rampasan pelbagai jenis dadah ketika sidang media di Ibu Pejabat Polis Bukit Aman dekat Kuala Lumpur, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia