Utusan Borneo (Sarawak)

Lebih 20,000 pelajar MRSM penerima bantuan MARA

-

Lebih separuh atau 20,300 daripada keseluruha­n 37,000 pelajar Maktab Rendah Sains MARA ( MRSM) sedia ada adalah penerima bantuan kewangan Majlis Amanah Rakyat (MARA).

Menteri Pembanguna­n Luar Bandar, Datuk Seri Rina Mohd Harun berkata ini termasuk bantuan di bawah program Bantuan Untuk Pendidikan MARA(BUDI) dikhaskan kepada 2,500 pelajar miskin tegar yang menerima tajaan sekurang-kurangnya RM2,500 setahun.

“Ada sebahagian pelajar dapat bantuan wang saku sahaja RM50 sebulan melibatkan 11,000 pelajar, dan ada pelajar dapat duit poket dan mereka dikecualik­an bayaran caruman RM60 sebulan yang jumlahnya seramai 6,800 pelajar.

Rina berkata MARA menjangkak­an bilangan penerima bantuan pada tahun ini akan bertambah berikutan peratusan jumlah pelajar daripada keluarga berpendapa­tan rendah (B40) meningkat hampir 70 peratus berbanding 58 peratus tahun lepas.

Beliau berkata kos operasi purata bagi setiap pelajar MRSM setiap tahun dianggarka­n sekitar RM16,000. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia