Utusan Borneo (Sarawak)

Muhyiddin kemuka rayuan kekalkan KSU

-

Menteri Dalam Negeri, Tan Sri Muhyiddin Yassin semalam mengakui beliau yang mengemukak­an rayuan agar Datuk Seri Alwi Ibrahim dikekalkan sebagai Ketua Setiausaha kementeria­n itu.

Katanya, beliau dapat bekerja dengan baik bersama Alwi sejak menerajui Kementeria­n Dalam Negeri selepas Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14).

“Ya, itu adalah rayuan saya. Saya lihat tiada masalah dengan beliau.

“Saya baharu (di KDN), jadi memerlukan orang sudah lama untuk bantu di kementeria­n. Saya ucapkan terima kasih kepada pihak beri kelulusan,” katanya pada sidang media selepas Majlis Amanat Tahun Baharu 2019 Kementeria­n Dalam Negeri di sini semalam. Alwi yang turut hadir pada sidang media itu kelihatan tersenyum.

Alwi sebelum ini dilaporkan dilantik sebagai Ketua Setiausaha Kementeria­n Kerja Raya yang baharu susulan rombakan besar-besaran jawatan tinggi kerajaan awal bulan ini.

Tempat beliau sepatutnya digantikan oleh Datuk Dr Mohd Ghazali Abas yang juga Ketua Se- tiausaha Kementeria­n Pendidikan.

Mengenai ‘pertukaran’ pelantikan Ketua Pengarah Imigresen yang baharu, Muhyiddin berkata kebiasaany­a jika berlaku kekosongan jawatan agensi, menteri akan diminta untuk mengemukak­an cadangan nama.

“Saya tidak tahu ada pegawai lain yang buat apa, jadi keluar nama lain.

“Kemudian bila saya kemukakan nama baharu, baharulah mereka bersetuju,” katanya.

Kelmarin, Kementeria­n Dalam Negeri mengumumka­n pelantikan Datuk Khairul Dzaimee Daud sebagai Ketua Pengarah Imigresen baharu. Khairul, 47, sebelum in menjawat jawatan Timbalan Ketua Setiausaha (Dasar dan Kawalan) KDN. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia