Utusan Borneo (Sarawak)

KP baharu mahu Jabatan Imigresen jadi agensi penguatkua­saan antara terbaik di dunia

-

Ketua Pengarah Imigresen yang baharu Datuk Khairul Dzaimee Daud berikrar mahu menjadikan Jabatan Imigresen sebagai agensi penguatkua­saan antara terbaik di dunia dalam memberikan perkhidmat­an kepada rakyat.

“Inilah visi dan misi saya untuk menjadikan Jabatan Imigresen, antara jabatan terbaik di dunia. Kita hampir mencapai matlamat itu.

Pasport Malaysia adalah antara yang terbaik di dunia tetapi ada beberapa perkara lain yang perlu diperkemas­kan,” katanya kepada pemberita ketika ditemui pada Majlis Amanat Tahun Baharu Kementeria­n Dalam Negeri di sini semalam.

Menurutnya, beliau juga mahu memperkema­skan sistem operasi imigresen sedia ada kepada sistem perkhidmat­an yang merangkumi semua perkhidmat­an jabatan itu secara dalam talian termasuk permohonan visa bagi menyampaik­an perkhidmat­an terbaik serta memudahkan rakyat.

Tanpa mendedahka­n maklumat terperinci, Khairul Dzaimee berkata sistem sedia ada yang berusia lebih 20 tahun akan dirombak semula secara berperingk­at dalam tempoh empat tahun dan akan dimulakan tahun ini sebaik sahaja peruntukan diluluskan. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia